Rabu, 11 Mei 2011

pelihara kuda putih


Alhamdulilah...aku akhirnya dapat pegang stereng hak milik sendiri.Pelbagai dugaan yang dihadapi sebelum aku menunggangnye. Bermula dengan melihat laman web aku hanya berniat untuk melihat semata mata, akhirnya dengan menghubungi kawan baik aku di Klang, aku mendapat maklumat ada kuda yang ingin dijual.

Setelah berurusan, akhirnya persetujuan diambil. Walaupun lama, namun ia perlu diteliti dengan sebaiknya. Sekarang hampir 2 bulan aku menunggangnya, aku bawa hampir 1jam ke hutan namun ditakdirkan juga, aku dipindahkan. Ladang tempat ku bercucuk tanam hanya mengambil masa 5minit sahaja. Timbul juga penyesalan dihati, ia terdetik juga. Namun, keputusan menggambil kuda putih telah dibuat. Mungkin ini dikatakan takdir oleh Nya.Kita perlu menghadapi jua...

Sekarang aku perlu memelihara,memandi, memberi makan....segalanya untuk 'kuda putihku'


tadi masa minum pagi, aku lepak bersama orang kuat industri minyak. Dia ada ceritalah skit tentang mesyuarat yang dihadirinya. Rupa rupanya emas hitam ni akan naik tidak lama lagi.Tapi ia bukan muktamad lagi, mungkin dalam minggu ini atau kemudian harinya, sebab kita perlu ingat emas hitam akan sentiasa naik dan naik...

Bermula tahun 2008, aku menjejaki kaki ke bumi kenyalang. Permulaan pekerjaan aku sebagai pendidik di Sek. Men. Keb Datuk Haji Abdul Rahman Yakub (DHARY)atau juga dikenali Sedaya.

Banyak pengalaman yang ditimba disana, adan yang manis ada yang pahit, sepanjang hampir dua tahun lebih, aku mengenali dan belajar erti kehidupan, kadang kadang aku lupa jua pada Nya. aku bukan lah sempurna, hanya insan biasa yang adakalanya tewas dek hasutan.

Tempatku berkhidmat banyak mengajar aku erti seorang pendidik, pengalaman disana tiada siapa dapat membayarnya dan aku bersyukur dengan apa yang ada.Pelajar aku yang aku didik akhirnya memberi kegembiraan, keputusan PMR dan SPM menaikkan mata pelajaran Sejarah yang aku gemari.Tahniah kepada mereka yang berjaya, moga kalian berjaya dalam kehidupan.Akhirnya pada tahun 2010 aku mendapat surat pertukaran aku ke Pahang berjaya.Tinggalah aku bumi kenyalang..

Ditempat baru, hatiku gelisah dan gementar. Bagaimana keadaanya...

Selasa, 30 November 2010

jeling jeling sebelah mata

Lama tidak singgah di sini.Bukan tiada masa,tapi perasaan untuk menulis tiada.Bila nafsu tiada,makanan terhidang di depan mata tidak terjamah.Hilang nafsu bahaya juga.

Oleh Ummi Nadiah Rosli

Bahagian pertama daripada rencana dua siri.

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Perkataan "warisan" sendiri boleh membawa kepada orang membayangkan rak-rak berdebu atau air yang bertakung, tetapi warisan bukan sekadar pusaka silam.

Sama ada ia tapak arkeologi purba, bangunan nostalgik atau pun bentuk seni tradisi, kekayaan warisan Malaysia merupakan cerita dan memori yang membentuk identiti negara.

Dan mengaitkan perkara silam bukan sekadar bermain dengan perasaan sentimental. Di sebuah negara di mana kuil, gereja dan masjid boleh wujud bersebelahan, kita rugi besar kalau membelakangkan warisan berharga ini.

Bersama khazanah tempatan yang pelbagai, Jabatan Warisan Negara (JWN) sibuk memulihara jejak warisan ini.

Ditubuhkan empat tahun yang lepas, misinya ialah untuk memperkasa dan memperjuang warisan sebagai identiti teras pusaka rakyat Malaysia.

PENJAGA KESINAMBUNGAN WARISAN



Pesuruhjaya Warisan Profesor Emeritus Datuk Zuraina Majid menjelaskan bahawa dalam memastikan kesinambungan warisan Malaysia, JWN memainkan beberapa peranan yang sebahagian besarnya terdiri daripada langkah mendokumentasi, memulihara dan menguatkuasa.

Kerja penguatkuasaan yang dijalankan ialah selaras dengan peruntukan Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645], iaitu mengeluarkan perisytiharan warisan dan mendaftar bahan warisan pada Daftar Warisan Kebangsaan.

Satu daripada contoh ini ialah garis panduan berhubung industri sarang burung yang hanya boleh diusahakan pada premis yang ditakrif sebagai Bangunan Warisan Kelas 1 untuk dijadikan tempat burung layang-layang bersarang.

JWN juga bertanggungjawab bagi kerja pemuliharaan dan konservasi di mana langkah meningkatkan kemahiran dalam kalangan petugas, ditekankan. Sebagai contoh, petugas perlu belajar menyediakan adunan simen dan kapur yang betul bagi menampal bangunan lama, cara membersih genting atap silam yang diperbuat daripada tanah liat, struktur kayu and panel selain membersihkan kulat dan alga daripada barang purba yang ditemui dalam air.

Satu lagi peranan utama JWN ialah untuk mengendalikan penyelidikan dan pembangunan berhubung warisan di Malaysia. Jabatan ini juga mendokumen dan menerbitkan material rujukan selain menyebarkan pengetahuan melalui pusat-pusat maklumat.

Perancangan dan pelaksanaan aktiviti berkaitan seni dan warisan juga dijalankan untuk mewujudkan satu rangkaian kerjasama bersama dengan agensi-agensi di dalam dan di luar negara mengenai warisan.

JENIS WARISAN



Bandar raya, landskap dan budaya yang menarik di Malaysia, merangkumkan warisan yang berbeza.

Akta Warisan Kebangsaan 2005 meliputi Warisan Budaya yang dibahagikan kepada warisan nyata dan tidak nyata, Warisan Semula jadi dan Warisan Dalam Air.

Warisan Nyata ataupun warisan fizikal ialah tapak yang jelas kelihatan dan dianggap wajar dilindungi seperti kawasan bersejarah, monumen, bangunan dan artifak. Objek yang signifikan kepada arkeologi, senibina, sains atau teknologi sesuatu budaya spesifik juga berada di dalam kategori ini.

Warisan budaya yang merujuk kepada landskap dan biodiversiti (flora dan fauna) juga merupakan bahagian penting budaya. Persekitaran semula jadi juga mempunyai sejarahnya tersendiri.

Dan bentuk warisan paling berpengaruh, menurut Zuraina ialah yang tidak ketara. Yang tidak ketara ialah himpunan cara hidup dan idea orang tertentu, medium budaya yang dianggap sebagai "Khazanah Manusia" oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu.

"Warisan tidak ketara termasuk bentuk seni tradisional seperti muzik, lagu, sastera dan juga makanan, bahasa, kepercayaan spiritual, adat resam dan upacara amalan.

"Sebagai contoh, bangunan mungkin tidak dekat dengan hati kita. Ia tidak membawa kesan emosi sehebat elemen tidak ketara. Ia mungkin tidak wujud secara fizikal, tetapi dipupuk di dalam warisan kita, yang membawa kesinambungan serta membentuk nilai-nilai kita."

Beliau menambah kata bahawa komponen tidak ketara juga dapat dilihat di dalam warisan fizikal, di mana komponen seperti simbol, kemahiran kraf and nilai spiritual tersirat di dalam artifak fizikal. Sehinggakan warisan semula jadi, kata Zuraina, boleh ditafsir berasaskan pada latar belakang budaya seseorang.

"Hutan hujan, sebagai contoh, mempunyai pelbagai nilai perubatan. Untuk mengenal pasti identiti tempatan dan melihat di mana terdapat warisan itu, kita perlu memberi perhatian rapi pada elemen tidak ketara. Bagaimanapun, mengekalkan warisan tidak ketara lebih mencabar daripada warisan ketara."

PEMILIHAN WARISAN

Daripada makanan hinggalah bangunan lama, bagaimana JWN menentukan apa yang boleh dianggap sebagai warisan?

Seperti yang tertera pada Seksyen 67 Akta itu, Menteri mungkin, melalui pewartaan, mengisytharkan mana-mana tapak warisan, objek warisan, atau warisan budaya bawah air atau mana-mana orang yang hidup supaya didaftarkan sebagai Warisan Negara.

Zuraina berkata jabatan itu serta agensi lain ditugaskan untuk mengenalpasti unsur-unsur warisan dan menjalankan penyelidikan terhadapnya sebelum Menteri membuat pertimbangan.

"Berhubung warisan negara, kita perlu bertanya kepada diri 'Adakah ia memenuhi kriteria? Adakah ia penting dari segi sifat dan sejarah bagi negara dan adakah ia meninggalkan kesan?".

Ciri-ciri lain yang mungkin Menteri boleh pertimbangkan ialah sumbangan warisan ini kepada pencapaian saintifik atau teknikal, hubungan sosial atau budaya, dan potensinya untuk mendidik, menjelaskan atau membuka laluan lanjut bagi siasatan santifik berhubung warisan budaya Malaysia.

Antara proses yang berlaku dalam mendaftar sesuatu warisan ialah jika ia merupakan suatu tapak, objek atau warisan budaya bawah air yang terdapat di atas tanah negeri, Menteri harus berunding dengan pihak berkuasa berkaitan sebelum membuat apa-apa perisytiharan.

Jika sesuatu tapak, objek atau warisan budaya bawah air diperuntukkan atau dimiliki oleh mana-mana orang selain daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, pemilik, penjaga atau pemegang amanah tapak, objek atau warisan budaya di bawah air yang tidak boleh dialihkan, harus dimaklumkan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh perisytiharan.

Jika terdapat tuntutan hak milik terhadap mana-mana warisan tidak ketara, kebenaran daripada pemilik hak cipta perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum apa-apa perisytiharan dibuat terutama apabila ia membabitkan orang yang masih hidup.

Selepas itu, satu daripada salinan perintah itu perlu diserahkan kepada pemilik, penjaga atau pemegang amanah tapak itu, objek atau warisan budaya dalam air atau mereka yang dianggap sebagai warisan hidup.

Apa-apa bantahan harus dikemukakan dalam bentuk bertulis kepada Menteri dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh penerbitan dan boleh memohon kepada Menteri berkenaan demi pembatalan perintah itu.

Menteri mungkin, selepas mendengar nasihat Majlis, membatalkan perintah itu atau menolak permohonan berkenaan dan keputusan adalah muktamad.

"Perisytiharan Warisan Kebangsaan merupakan sesuatu yang mengambil masa dengan proses undang-undang mengambil masa dari enam bulan hingga setahun," kata Zuraina.



-- BERNAMA

Sabtu, 22 Mei 2010

Lesen perguruan untuk guru

KOTA BHARU 21 Mei - Kementerian Pelajaran akan mengkaji cadangan supaya setiap guru di negara ini perlu memiliki lesen perguruan yang dikeluarkan oleh sebuah badan profesional seperti yang perlu dimiliki oleh doktor atau peguam.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia merupakan salah satu kaedah bagi mengekalkan integriti guru di negara ini dalam memastikan orang ramai tidak hilang kepercayaan kepada golongan tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata, buat masa ini, jawatankuasa disiplin di kementerian sudah mencukupi untuk menjaga integriti tetapi pada masa sama cadangan itu masih perlu diberi perhatian serius.

"Isu integriti guru menjadi perhatian kementerian bagi memastikan profesion perguruan terpelihara imej dan martabatnya, kalau integriti tercemar, akhirnya orang hilang kepercayaan kepada guru," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ke-18 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kelantan, Dali Hussin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa; Yang Dipertua PIBG SMK Kemumin, Mohd. Noor Abdullah dan Pengetua sekolah tersebut, Fauziah Mohamed.

Mohd. Puad mengulas laporan akhbar mengenai seorang guru lelaki yang didakwa mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Sibu, Sarawak ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka.

Difahamkan, kegiatan guru berusia 32 tahun itu bermula Mac lalu sebelum kejadian terbaru dilaporkan berlaku di kediamannya pada minggu lalu membabitkan seorang murid tahun enam yang juga adik iparnya.

Mohd. Puad berkata, langkah untuk mengeluarkan lesen perguruan itu telah diamalkan di beberapa buah negara seperti di Kanada dan Australia.

"Cadangan ini perlu dilihat dengan teliti kerana kita mempunyai guru yang ramai kira-kira 390,000 orang.

"Saya secara peribadi bersetuju dengan cadangan ini dan merasakan sudah sampai masanya kita melihat lesen perguruan secara serius seperti mana yang diamalkan oleh beberapa buah negara," katanya.

Sementara itu, beliau merasa amat dukacita dengan kejadian yang berlaku di Sarawak itu dan pihaknya sedang menunggu laporan siasatan polis sebelum tindakan lanjut diambil.

Katanya, ia merupakan kes terpencil dan tidak mencerminkan keseluruhan sikap guru yang ada di negara ini.


dipetik>http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

KOTA BHARU 21 Mei - Kementerian Pelajaran akan mengkaji cadangan supaya setiap guru di negara ini perlu memiliki lesen perguruan yang dikeluarkan oleh sebuah badan profesional seperti yang perlu dimiliki oleh doktor atau peguam.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia merupakan salah satu kaedah bagi mengekalkan integriti guru di negara ini dalam memastikan orang ramai tidak hilang kepercayaan kepada golongan tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata, buat masa ini, jawatankuasa disiplin di kementerian sudah mencukupi untuk menjaga integriti tetapi pada masa sama cadangan itu masih perlu diberi perhatian serius.

"Isu integriti guru menjadi perhatian kementerian bagi memastikan profesion perguruan terpelihara imej dan martabatnya, kalau integriti tercemar, akhirnya orang hilang kepercayaan kepada guru," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ke-18 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kelantan, Dali Hussin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa; Yang Dipertua PIBG SMK Kemumin, Mohd. Noor Abdullah dan Pengetua sekolah tersebut, Fauziah Mohamed.

Mohd. Puad mengulas laporan akhbar mengenai seorang guru lelaki yang didakwa mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Sibu, Sarawak ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka.

Difahamkan, kegiatan guru berusia 32 tahun itu bermula Mac lalu sebelum kejadian terbaru dilaporkan berlaku di kediamannya pada minggu lalu membabitkan seorang murid tahun enam yang juga adik iparnya.

Mohd. Puad berkata, langkah untuk mengeluarkan lesen perguruan itu telah diamalkan di beberapa buah negara seperti di Kanada dan Australia.

"Cadangan ini perlu dilihat dengan teliti kerana kita mempunyai guru yang ramai kira-kira 390,000 orang.

"Saya secara peribadi bersetuju dengan cadangan ini dan merasakan sudah sampai masanya kita melihat lesen perguruan secara serius seperti mana yang diamalkan oleh beberapa buah negara," katanya.

Sementara itu, beliau merasa amat dukacita dengan kejadian yang berlaku di Sarawak itu dan pihaknya sedang menunggu laporan siasatan polis sebelum tindakan lanjut diambil.

Katanya, ia merupakan kes terpencil dan tidak mencerminkan keseluruhan sikap guru yang ada di negara ini.


dipetik>http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

Khamis, 13 Mei 2010

lama tak menulis..

Lama betul aku tinggalkan harubiru ni...bukan apa, hilang mood nak menulis gara-gara internet yg kurang aktif.Bermula pukul 7-12 malam..mula lah ia meragam..meragam mengalahkan budak kecik tak dapat susu..

Apakan daya..cuma yang peliknya,kenapa masa tu yang intenet ni menggila...lebih saja masa keemasan tu pasti hidup kembali dunia menjelajah aku..bila laporan dibuat jawapan yang diterima semua ok....semua ok...

Kami bayar perkhidmatan ini...dan kami mahukan kepuasaan bila menggunakannya..kalau setakat tengelam timbul, hati mula jadi marah..kesabaran saja menjadi ukuran..

Harap dan doa ia kembali pulih seperti dulu..

Wajib bertugas di pedalaman?

Wajib bertugas di pedalaman?

Muhyiddin Yassin bertemu kakitangan Kementerian Pelajaran selepas menyampaikan amanat kepada kakitangan kementerian itu pada majlis perhimpunan bulanan di Kuala Lumpur, semalam. – Bernama

KUALA LUMPUR 2 Mac – Kerajaan akan menimbangkan untuk mewajibkan semua guru bertugas di kawasan pedalaman antara tiga dengan lima tahun daripada tempoh perkhidmatan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan sasaran untuk menyahut cabaran itu ialah guru-guru yang masih belum berkeluarga.

Katanya, langkah itu akan menjadi satu bentuk dorongan dan cabaran baru kepada warga pendidik untuk bertugas di kawasan pedalaman di atas dasar khidmat sosial kepada negara.

Beliau berkata, cadangan itu bertujuan mengatasi masalah penempatan guru di kawasan pedalaman yang menjadi salah satu cabaran besar yang dihadapi Kementerian Pelajaran pada masa ini.

“Dalam tempoh 30 tahun guru berkhidmat, mungkin boleh antara tiga ke lima tahun dari tempoh itu mereka memberi perkhidmatan di kawasan pedalaman.

“(Ini) sebagai satu kewajipan, bukan sebagai satu pilihan dan ini memang perlu kita lihat,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian sewaktu ditemu bual dalam rancangan Agenda Awani yang disiarkan oleh stesen televisyen Astro, di sini malam ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan sebenarnya telah menyediakan beberapa bentuk galakan untuk guru bertugas di kawasan pedalaman seperti elaun sara hidup maksimum RM1,500 sebulan.

Bagaimanapun, katanya, yang lebih penting ialah kesungguhan dan kesediaan warga perguruan untuk berkorban demi anak bangsa.

“Kalau semua nak pergi ke kawasan bandar, tidak ada pihak yang bersedia untuk berkorban mendidik anak- anak di pedalaman. Ini adalah satu kepincangan dalam sistem (pendidikan) kita,” katanya.

dipetik: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0303&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Sabtu, 27 Februari 2010

12 Rabiulawal 1431H..


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh…

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.Alhamdulillah, segala puji kita panjatkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad S.A.W, penutup sekalian para nabi dan rasul.

Pada 26 Februari 2010 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1431H, kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah SAW. Keputeraan Rasulullah dan perutusan baginda merupakan satu rahmat kepada kita.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1431H/2010 yang bertemakan 'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah' di harap dapat dihayati oleh semua penduduk Malaysia, tidak kira agama dan bangsa. Marilah sama-sama kita menghayati perjuangan Nabi Muhammad SAW. Jadikan Baginda idola kita..

Selamat Menyambut Maulidur Rasul...