27.9.2009-Ahad. Nampak gaya pagi2 lagi aku dh sampai kt KLIA.Maklumlah terbang pagi2, dh itu je yang paling murah skit dr yg lain.Aku sebenarnya sebelum ke KL singgah di Jerantut dulu. Menjenggok orang istimewa disana sambil makan gulai ikan patin tompayak (yg kita basuh tangan pasti melekat baunye..tu yg ummmphh).Jadi hari sabtu lagi aku ngan kawan baik aku Raja ngan EK dia tuh mulai meluncur laju (14,16 lah jawabnya). Bleh tahan lah jugak jem jalan, terutama dari Kok Lanas- Kuala Krai (memang popular jem sebab smua nak balik kije lak).
Plan awal nak bertolak pukul 800am, apakan daya manusia suka merancang DIA jua yg menentukanya.Apapun aku bersyukur dapat sampai kt Jerantut tertutamanya dan kt KLIA tuh.Terima kasih kt kawan baik ..
Pukul 1100am, sampai aku di Sibu yg perlu menanti Jal meh amik kitaorang. Sampai umah tercinta kami kene lah stat mengemas rumah ..menyapu...cuci bilik air...petang tu aku tido apa lagi badan dh penat lor..
esok setat kije...tapi badan masih malas nak bangun.terpaksa memaksa diri.Kije lagi lah turun naik semangat dibuatnya..apapun kije tetap kije.
p/s: mencari rezeki yang halal
Label: berita sekolah, kembara 0 ulasan
18.9.2009-Jumaat.Hari ke 28 puasa kalau tak silap lah, akhirnya saat yg ditunggu tiba juga.Pukul 11.55 am aku akan terbang.pastu ke kelate plak pukul 7.20,nampak gaya berbuka puasa di atas awan lah.alaa..xkisah yg penting sampai umah.kali nih balik kg saat yang ditunggu sgt2 lah.kalau masa belajar dulu tak lah terasa sgt.tapi skang mungkin disebabkan aku kije jauh pastu memang jarang balik terasa sgt lah seronoknya balik raya nih.Apepun aku berharap dan berdoa selamat terbang dan selamat semuanya...
Cuti Khas Untuk Semua Sekolah dan Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Pada Hari Jumaat, 18 September 2009 Sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H
1. Kabinet yang bermesyuarat pada hari ini, 16 September 2009, telah bersetuju untuk memberi Cuti Khas kepada semua Sekolah dan Institusi Pendidikan di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari Jumaat, 18 September 2009, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang dijangka akan disambut pada hari Ahad 20 September atau hari Isnin 21 September 2009.
2. Keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.
3. Dengan keputusan Kabinet ini maka semua arahan Kementerian Pelajaran berkaitan Cuti Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H sebelum ini adalah terbatal.
YAB Menteri Pelajaran Malaysia
Putrajaya, 16 September 2009
p/s: alahai...KPM nih pun satu kenapa lah tak bagitau awal2,ari tu dia ckp bergantung pada sekolah nak cuti atau tak siap kua pekeliling. last skang terus lak bagi cuti...KPM ngan tok menteri pening gak.
sekolah aku pun satu, PK nih giler sungguh lah.ikutkan esok dia suh gak dtg sekolah.ko tak baca ke apa yg KPM tuh sruh...konpius leh jadi PK..
Label: berita sekolah 0 ulasan
16.9.2009-Rabu. SMK SEDAYA, mengadakan majlis penutupan Sambutan Hari Merdeka peringkat sekolah. Walaupun dah terlewat, tapi ia perlu diteruskan juga. Kelas aku akhirnya gagal jugak nak mendapatkan juara kelas tercantik bertemakan Merdeka. Aku sebenarnya tak puas hati lah..camne lah diorang nilai sebab aku tengok yang menang pun tak ada lah seberapa pun….adoiiiiii…
Label: berita sekolah 0 ulasan
16.9.2009-Rabu.Mengadakan majlis berbuka puasa sempena nak balik kampong.Nih berbuka puasa gabungan antara rumah aku ngan rumah kawan aku.Nampaknya bulan Ramadhan kali ini satu bulan aku berpuasa di tempat orang.Apapun ia member pengajaran dan pengalaman kepada aku.Suasana disini memang berbeza, semua kita yang tentukan sampaikan kalau tak nak berpuasa pun boleh, tapi pandai2 lah menjawab dengan Tuhan nanti.Cabaran memang ada, biasalah berada ditempat org kena lak tempat org yang majoriti bukan Islam.Di tempat kerja lagi lah mencabar, budak kelas aku bukannya puasa diorang lagi ‘membuas’ dalam kelas lagi lah menambah cabaranya. Hinggakan terpaksa memekik melolong melaung2 mengajarnya..apapun aku dh mengharunginya.
Yang ni plak semalam…kitaorang minum2. Jangan salah sangka plak, yang kami minum tuh bukan A**K yer..tu hanya jus buah-buahan ler trhehehe…berlagak lebih.
Label: berita kawan2 0 ulasan
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menasihatkan orang ramai supaya menghantar kad ucapan Hari Raya Aidilfitri selewat-lewatnya pada 14 September ini.
Ketua Pegawai Operasi PosMel Pos Malaysia, Bahaman Kamarulzzaman berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan kad hari raya yang dikirim dapat dihantar tepat pada masanya.
Katanya, semua kad raya akan diklasifikasikan sebagai surat standard ataupun surat bukan standard bergantung pada berat dan juga saiznya.
''Berat maksimum untuk surat standard ialah 50 gram dan berukuran 165 milimeter dengan 250 milimeter.
''Kad yang tidak menepati garis panduan yang ditetapkan akan dikategorikan sebagai surat bukan standard,'' katanya pada sidang akhbar mengenai operasi Pos Malaysia mengagihkan kad ucapan Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini.
Selain itu, katanya, orang ramai juga diminta untuk memastikan nama dan alamat penerima ditulis dengan lengkap dan jelas serta sampul surat digam bagi memastikan kad tersebut dapat diproses dengan sempurna.
''Orang ramai juga dinasihatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan Pos Malaysia berkaitan dengan barangan larangan seperti mercun, senjata api dan barangan berbahaya yang lain.
''Bagi tujuan mengirim kuih raya dan bahan makanan ke destinasi antarabangsa, orang ramai diminta merujuk ke kaunter pejabat pos terdekat terlebih dahulu,'' katanya.
Tambahnya, pada tahun ini Pos Malaysia menjangkakan sebanyak 6.60 juta kad hari raya akan diproses dan setakat hari ini kira-kira 2.24 juta kad telah diproses.
p/s: Alamak...sempat ke sampai kad raya aku nih.Odoi lah...
Label: berita menarik 0 ulasan
Sempena bulan yang mulia ini, sahabat kami Sharizman mengadakan kenduri kesyukuran. Kenduri diadakan selepas solat terawih bertempat di rumahnya di Tmn Lucky, Kanowit. Ramai yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.Jamua makan malam tu pun bleh tahan gak lah...nasi ngan ayam pedas dan mee tomyam..yang jadi rebutan tom yam udang.
Budak kelas aku tengah rajin menghias kelas
Walaupun negara kita baru sahaja menyambut hari merdeka pada 31 Ogos yang lalu. Namun masih belum terlewat untuk kita memeriahkan sambutan Kemerdekaan Negara kali ke-52 ini. Sehubungan dengan itu, SMK SEDAYA menganjurkan bulan sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah bermula 7 Sept-17 Sept. Pelbagai aktiviti yang diadakan bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan ini seperti pertandingan koir lagu patriotik, kuiz kemerdekaan, xplorace merdeka, pertandingan melukis, pertandingan menghias kelas berkonsep bulan kemerdekaan, dan sebagainya. Syukur sambutan yang diterima amat menggalakkan. Sememangnya kita patut bersyukur dengan kebebasan yang kita perolehi kini.Namun, sayangnya kebebasan yang kita perolehi ini mulai memakan diri kita apabila kita mulai alpa dengan kebebasan..
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-52.
Label: berita sekolah 0 ulasan
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan hari ini.
"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam," kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, ketika dihubungi.
Beliau berharap, kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.
Kira-kira 860,000 penjawat awam akan menerima bayaran khas kewangan itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember.
Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan akhir tahun ini.
Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. - Bernama
p/s: alamak kecewanya..baru plan nak bermewah mewah nampak gaya bersederhana lah..
Label: berita menarik 0 ulasan
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sedang berbincang dengan Cuepacs mengenai tuntutan bayaran bonus untuk kakitangan awam pada tahun ini.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan sedang dalam perundingan mengenai perkara itu.
"Tunggulah...KSN tengah berbincang dengan Cuepacs," katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di di Batu 2 1/2 Jalan Cheras kira-kira setengah jam, di sini, semalam.
Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman percaya kerajaan akan memberi keputusan positif mengenai bonus atau wang sagu hati kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam untuk tahun ini.
Beliau berkata, Cuepacs berharap bonus kali ini dibayar sebelum Aidilfitri.
Katanya, pihaknya sudah menghantar surat mengenai tuntutan bonus itu baru-baru ini kepada Najib untuk mendapatkan pertimbangan sewajarnya.
"Kita belum mendapat reaksi balas mengenai perkara itu tetapi Cuep
"Kita belum mendapat reaksi balas mengenai perkara itu tetapi Cuepacs berharap kerajaan tidak mengecewakan harapan 1.2 juta kakitangan awam terutama bagi mereka yang berada dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua yang amat mengharapkan sedikit sumbangan untuk persediaan menyambut Aidilfitri.
"Cuepacs tidak memaksa...terserah kepada kerajaan berapa jumlah sanggup dibayar (bonus atau sagu hari). Yang penting kita (kakitangan awam) dapat menikmatinya dan kalau dibayar sebelum raya lagi bagus," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Tahun lalu, setiap kakitangan kerajaan menerima bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000.
Omar berkata, Majlis Tertinggi Cuepacs akan bermesyuarat Selasa ini bagi membincangkan lebih lanjut mengenai permintaan bonus atau sagu hati tahun ini.
dipetik dri: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20090905232632/Article/index_html
GARIS PANDUAN MAKANAN, MINUMAN DAN BARANG GUNAAN ORANG ISLAM
1. TUJUAN
Garis panduan ini bertujuan dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkuasa pengeluar sijil halal bagi menentukan kehalalan sesuatu produk. Panduan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam.
2. SUMBER BAHAN MAKANAN DAN MINUMAN
Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan ada yang diharamkan.
2.1 Haiwan
Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu;
a) Haiwan Darat.
b) Haiwan Air.
2.1.1 Haiwan Darat
Semua haiwan darat halal dimakan kecuali;
i. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
ii. Babi.
iii. Anjing.
iv. Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya.
v. Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya.
vi. Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya.
vii. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.
viii. Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.
ix. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut dan seumpamanya.
x. Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing.
2.1.2 Haiwan Air
Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.
2.1.3 Tumbuh-tumbuhan
Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram.
2.1.4 Minuman
Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda najis.
2.1.5 Bahan Semulajadi
Semua bahan semulajadi seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.
2.1.6 Bahan Kimia
Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.
2.1.7 Bahan Tambah
Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak.
3. BAHAN GUNAAN ORANG ISLAM
Bahan gunaan orang Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu;
a) Kosmetik
b) Pakaian dan peralatan.
3.1 Kosmetik
3.1.1 Kosmetik adalah bahan-bahan atau ramuan yang terdiri daripada pelbagai unsur untuk dimasukkan ke dalam tubuh, disapu, digosok, dibalut, ditempel, dipakai dengan tujuan untuk kecantikan seperti pewarna rambut, bedak, gincu, pewarna kuku dan seumpamanya.
3.1.2 Bahan kosmetik yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang diperbuat daripada sumber haiwan halal yang disembelih menurut kehendak syarak adalah boleh digunakan.
3.2 Pakaian dan Peralatan
3.2.1 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan boleh digunakan.
3.2.2 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada bulu haiwan boleh digunakan kecuali bulu babi dan anjing.
3.2.3 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada tulang, tanduk, kuku dan gigi haiwan yang dagingnya halal dimakan melalui sembelihan mengikut hukum syarak boleh digunakan.
Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada kulit haiwan (kecuali kulit babi dan anjing) yang telah disamak boleh digunakan.
dipetik dari www.halal.gov.my
nih tandas contoh yer tak der kene mengena ngan rumah aku nih..
KOTA BHARU - Peringatan untuk semua pengetua dan guru besar di Kelantan!
Jabatan Pelajaran Kelantan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang gagal memastikan kebersihan tandas di sekolah masing-masing berada pada tahap yang terbaik.
Pengarahnya, Mohd. Ghazali Abdul Rahman berkata, pihaknya akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pengetua atau guru besar sekiranya tandas di sekolah mereka didapati terlalu kotor.
Selain tindakan terhadap pengetua atau guru besar, jabatannya juga boleh memotong bayaran kepada kontraktor yang dilantik menjaga kebersihan apabila tandas di sekolah berkenaan terlalu kotor.
p/s: kalau dipraktikan ditempat aku,nampak gaya tiap-tiap hari pengetua aku kene denda hahahaha....siap kene pegi cuci lagi tuh.
Label: berita sekolah 0 ulasan
Syukur Alhamdulilah...berlaku pengerakan gaji,jadi aku buat lah majlis makan sate ngan kawan2 terdekat kt sini. lagipun pun sempena bulan ramadhan yang mulia ni baik kita buat amalan sedekah menyedekah nih.apepun sate import yg kita org makan tu dtg dari sate Kajang tau mmg tip top sedap..kebetulan kawan aku Syuk balik KL masa cuti sekolah minggu lepas dia lah yg tukang bawak.kami tukang perabiskan...aku tukang bayar hahahaha...
Label: berita kawan2 0 ulasan
Jumaat,4 Sept 2009- Sekolah aku telah menganjurkan satu ceramah kesihatan yang disampaikan oleh kakitangan Hospital Sibu tentang virus Influenza H1N1. Tujuan ceramah tersebut diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara-cara mengatasi penularan virus H1N1. Pelajar diberi tunjuk ajar tentang cara penjagaan diri dengan lebih sempurna khususnya cara membersih tangan. Selain itu, demostrasi berkaitan pemakaian topeng muka turut diadakan.Hanya 250 pelajar sahaja yang terlibat dalam ceramah kesihatan tersebut.
Aku masa tu saja je gi jalan2 sambil singah dan jeling kat ceramah tuh.nanti sekurangnya leh gak aku tau maklumat tentang VIRUS SELSEMA BABI nih..trhahahhaa
Label: berita sekolah 0 ulasan
MENJADI JUTAWAN DI BULAN RAMADHAN AL MUBARRAK
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala.
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala.
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala.
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala.
Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt RM 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt RM 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt RM 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu RM 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt RM 94,500.00 satu hari!!!
Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan RM 2,835,000.00 (Allahu Akhbar!)
Wow! MasyaAllah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari Sahaja!!!!
Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka Allah akan memberikan pahala atas setiapnya.
Sahabat pun bertanya satu perkataan satu pahalakah?
Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, Allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala. (hadis)
Wow!!! Bila kita baca Al-Quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam RM. Berapakah jumlahnya? ???? (Allah sahaja yang mengetahuiNya)
Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat, puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?
Sesungguhnya Allah swt itu teramat Maha Pemurah dan Maha Kaya. Tidak ada. Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan lain-lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!
Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup semakin hampir. (16 hari ajer lagi dari hari ini 13 ramadhan)
Tetapi sedihnya masih ramai di antara kita yang mahu miskin di dunia dan miskin di akhirat! Mengapa?
Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.
Tak guna jika kita ada degree ke, engineer ke, magistrate ke, lawyer ke, jadi akauntan ke, master in business admin (MBA) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung, siapa yang rugi!!!!!!
**Sesungguhnya RM1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala Allah swt.. Hanya Allah swt sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu.. Renungkanlah.
Selamat berpuasa, Selamat beramal, Semoga ramadhan ini memberi satu makna kepada kita. Rebutlah peluang yang hadir setahun sekali ini sahaja.
Mungkinkah ini ramadhan terakhir buat kita, tak siapa yang tahu........
Waallahua'lam bis'showab
Nih serba sedikit perkataan yang membolehkan korang tau kecek kelate...
Kali Arung - Sekaligus
Air Geh - Air Berkabonat
Jauh Sapok - Teramatlah Jauhnya
Panah Terik - Panas Yang Teramat Sangat
Comel Lote - Comel Yang Amat
Sejuk Ketta - Sejuk Yg Sangat?
Ite Lettung - Tersangatlah Hitamnya
Punoh Jahne - Rosak
Gura Bewok - Gurauan Yang Menyebabkn Pergaduhan
Taik Aye Muna - Tahi Ayam Yang Masih Hangat
Kona Lepe - Corner Lipat
Kelecak - Terpelanting
Nakuk Paik - Penakut Yang Amat Tinggi
Lonjong - Tinggi Sangat
Tinggi Nya - Yuk Sama Macam Di Atas
Masing Pekkok - Teramat Masin
Nipih Nayyang - Sangat Nipis
Maknga - Cuai
Babei - Degil (Tak Tau Nak Eja Camne)
Jabir / Supek - Plastic Bag
Koghok - Tengkorak
Kehek - Muntahkan Semula
Puahsang - Boring
Meppeh - Tak Larat
Kepeh Blepeng - Sangat Kempis
keghah kekong -keras yg teramat
koho/selo - perlahan/slow
kettuk heghek -kentut tarik
blana kokna - banyak yang amat
samah - 50 sen
duo amah -singgit
kekoh -gigit
toksoh -jangan / tak usah
bakpo -kenapa
guano / belah mano -macam mana
gapo / gapo dio -apa / apa dia
ghoyak -bgtau
blago -berlanggar
mokte- rambutan
woh kekoh caa -kuih buah melaka
ccongek -tejungkit
kupik hangik -kedekut nak mampos
woh tteghe-buah gajus
nnetting- melantun
deghah -deras / laju
manih letting -manis yg amat
pok-e-dèng -pepatung
Label: Loghat negeri 0 ulasan