Rabu, 13 Januari 2010

Kelantan pilihan pelancong


Jumlah kedatangan pelancong ke Kelantan meningkat kepada 699,578 orang pada Januari hingga September 2008 iaitu peningkatan 30,000 orang berbanding 667,205 orang pada tempoh sama tahun 2007.

"Daripada jumlah itu, 67,000 adalah pelancong asing yang tertarik keunikan negeri ini terutama makanan, kraf tangan dan keindahan alam," katanya.

Megat: tidak terfikirkah anda, kenapa Kelantan yang dianggap negeri yang miskin dan mundur masih dan tetap menjadi pilihan pelancong asing. Bangga menjadi sebilangan rakyat Kelantan.

Petikan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

Isnin, 11 Januari 2010

perpindahan beramai-ramai

Kebanyakkan pelajar yang ada di sekolah aku akan dipindahkan ke sekolah baru, SMK NG. DAP.Bukan hanya pelajar sahaja, tapi guru-guru kemungkinan akan kesana juga. Ini yang membimbangkan, mana tidak buatnye tercatat nama untuk berpindah haru lah jawabnya.

Pelajar dalam kelas aku juga telah berubah secara keseluruhan, ia makin bertambah ramai dan ia pasti akan buat aku banyak kerja. Apapun tunggu saja pada bulan 6 nanti, segala kemusykilan dan pertanyaan akan terjawab.

Dimana dicampak pasti akan tumbuh dengan segar.


Robot seks wanita dijual RM23,642

HINES membetulkan kepala robot Roxxxy di bilik pameran syarikat TrueCompanion pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di Las Vegas kelmarin.

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Robot seks pertama di dunia bernama Roxxxy mencuri perhatian orang ramai semasa ia diperkenalkan pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di sini.

Roxxxy yang setinggi 1.7 meter dengan berat 54 kilogram, menyamai saiz kebanyakan wanita dan dilengkapi program kepintaran tiruan (AI) serta kulit sintetik mirip manusia.

"Robot wanita ini tidak pandai memasak atau mengemas tetapi ia boleh melakukan apa yang diimpikan oleh lelaki," kata pencipta Roxxxy, Douglas Hines dari syarikat TrueCompanion.

"Roxxxy boleh menjadi teman baik lelaki. Ia boleh bercakap dan mendengar. Ia juga mampu merasai sentuhan anda. Kami cuba meniru personaliti manusia," tambahnya.

Robot itu memiliki rangka dan boleh bergerak seperti manusia dan dilengkapi hati mekanikal yang menjana sistem penyejukan cecair.

Ia yang memiliki lima personaliti pilihan termasuk perwatakan peramah atau pemalu bakal dipasarkan di AS dan Eropah dengan harga antara AS$7,000 (RM23,642) hingga AS$9,000 (RM30,397).

Pelanggan diberikan pelbagai ciri pilihan menurut cita rasa masing-masing termasuk bangsa, warna rambut dan saiz payu dara manakala Roxxxy turut dilengkapi Internet wayarles bagi menerima sokongan teknikal dan naik taraf perisian.

Buat masa ini, TrueCompanion juga sedang membina robot seks lelaki bernama Rocky. - AFP

petikan; http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0111&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm

megat: satu ancaman kepada golongan wanita nih hehehehe

Ahad, 10 Januari 2010

selamat tinggal cikgu...

Antara mereka yang berpindah..yang tak ada dalam ni Norshah, Kak Aina, ..dan 2,3 orang cikgu yang berpindah dalam negeri Sarawak ni


Mariana yang berkaca mata ke Sabah


Wassana tersenyum hampir nak ikhlas ke Kedah


Aby yang kecik molek ke Selangor


Kak Yani yang baik ke Perak


Syuk sahabat serumah ke Selangor


Buka sekolah sesi 2010 ni, kami kehilangan lagi tenaga dari semenanjung. Sudah menjadi lumrah datang dan pergi. Namun, yang datang tak seberapa yang meninggalkan sekolah ini. Mungkin faktor kewangan kerajaan atau sudah menjadi dasar kerajaan untuk mengurangkan guru-guru datang ke sini. Apapun yang berlaku perlu diteruskan jua. Kehilangan mereka memang sangat terasa terutama sahabat aku Syuk yang memang rapat teman isap rokok, teman tgok bola, jiran bilik aku ni..lain2 teman lah. Selamat berkhidmat dan berjuang dalam pendidikan kepada mereka yang memulakan kehidupan ditempat baru. Moga dapat kita berjumpa lagi..

megat: adakah aku yang seterusnya??

Ahad, 3 Januari 2010

Kembali ke tanah Kanowit


siap sedia nak terbang..


Akhirnya selepas bersuka ria bercuti selama 20 hari, aku kembali ke Kanowit tempat aku bertugas. Hiba dan berat hati nak tinggalkan rumah tapi teruskan juga demi meneruskan khidmat.

Di Aiport Kb jam 2.15 aku sampai itupun hampir lewat disebabkan aku sembahyang Jummat (tunaikan kewajiban dulu), pastu baru lah kelam kabut bawak kete. Syukur Alhamdulilah sempat semuanya. Pukul 3.00 pm aku tinggalkan Kelate,apapun aku hampir tak berjaya bawa tayar motor TT 900 Dunlop yang baru aku amik nih, syukur lah semua berjaya aku harungi.Untuk ke Sibu aku terus letakkan tayar kat dalam kargo tukar dengan beg aku tuuh. Semua berjalan lancar..ubah strategi.

Berlepas pada pukul 7.00 pm yang sepatutnya 6.30pm, keadaan cuaca tak terlalu baik. Kapal ibarat dilambung ombak ada rasa pening dan takut juga. Ramai kawan-kawan yang terbang sama, rasa terhibur lah juga hati ni.

Alhamdulilah 9.00 pm selamat sampai, dan 11.00 pm aku menjejak kaki di tanah Kanowit. Bersiap sedia memulakan kehidupan baru untuk tahun 2010.