Memaparkan catatan dengan label berita menarik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita menarik. Papar semua catatan
Ahad, 21 Februari 2010

silap eja...




Antara kesalahan ejaan yang dapat aku kesan disepanjang perjalanan aku ke Sibu. Nampaknya mereka perlu belajar mengeja lagi. Masuk tadika dan mula mempelajari A...B...C....D..

Oleh itu, berhati - hati dalam pengunaan perkataan. Pastikan ejaan tersebut betul, kata orang kalau tidak tahu bertanya lah..kalau tidak sesat jalan yang boleh memalukukan diri sendiri.

Anda sendiri yang cari kesalahannya..kalau tak jumpa bermakna anda pun perlu BELAJAR MENGEJA...hehehe

Khamis, 11 Februari 2010

Chuck...


Pernah tak tengok cerita Chuck.Aku ikut dari season pertama lagi dah tertarik dgn cite dia. Sekarang setiap hari khamis pukul 10.00 kt astro 701 anda akan dapat mengenali Chuck. Cih ..aku siap promosi lak..

serba sedikit tentang...Chuck..Chuck is an action-comedy television program from the United States created by Josh Schwartz and Chris Fedak. The series is about an "average computer-whiz-next-door" who receives an encoded e-mail from an old college friend now working in the CIA; the message embeds the only remaining copy of the world's greatest spy secrets into Chuck's brain....hero kt sini Charles "Chuck" Bartowski dan beberapa org lagi..ops jgn lupa dgn Agent Sarah Walker love u..

apapun sekurang-kurangnya ada gak nak dilayan malam-malam, kalau tak asyik ngadap kije tak pun Facebook yang berpuaka.

Rabu, 10 Februari 2010

panas...panas..panas...


Panas betul cuaca dua, tiga hari ni..rasa mengelegak kepala ni. Cuaca yang panas sangat ni boleh buat kepala pun sakit..dan ada yang mulai nak deman. Macam aku ni dah lah kureng antibodi..Adakah ini fenomena musim kemarau sudah kembali??

Bila cuaca panas..keadaan diri pun tak selesa, yang tak pakai deodorant kt ketiak tuh...pasti berpeluh sakan lah dan bau pulak. Yang pasal bau satu..panas ni bleh buat kulit kita terbakar..macam udang di bakar jadinye.

Apapun..dinasihati minum air banyak-banyak. Kurangkan aktiviti diluar..dan pastikan ketiak anda tidak basah..hehehe

Isnin, 11 Januari 2010

Robot Wanita....baik punye.


Robot seks wanita dijual RM23,642

HINES membetulkan kepala robot Roxxxy di bilik pameran syarikat TrueCompanion pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di Las Vegas kelmarin.

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Robot seks pertama di dunia bernama Roxxxy mencuri perhatian orang ramai semasa ia diperkenalkan pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di sini.

Roxxxy yang setinggi 1.7 meter dengan berat 54 kilogram, menyamai saiz kebanyakan wanita dan dilengkapi program kepintaran tiruan (AI) serta kulit sintetik mirip manusia.

"Robot wanita ini tidak pandai memasak atau mengemas tetapi ia boleh melakukan apa yang diimpikan oleh lelaki," kata pencipta Roxxxy, Douglas Hines dari syarikat TrueCompanion.

"Roxxxy boleh menjadi teman baik lelaki. Ia boleh bercakap dan mendengar. Ia juga mampu merasai sentuhan anda. Kami cuba meniru personaliti manusia," tambahnya.

Robot itu memiliki rangka dan boleh bergerak seperti manusia dan dilengkapi hati mekanikal yang menjana sistem penyejukan cecair.

Ia yang memiliki lima personaliti pilihan termasuk perwatakan peramah atau pemalu bakal dipasarkan di AS dan Eropah dengan harga antara AS$7,000 (RM23,642) hingga AS$9,000 (RM30,397).

Pelanggan diberikan pelbagai ciri pilihan menurut cita rasa masing-masing termasuk bangsa, warna rambut dan saiz payu dara manakala Roxxxy turut dilengkapi Internet wayarles bagi menerima sokongan teknikal dan naik taraf perisian.

Buat masa ini, TrueCompanion juga sedang membina robot seks lelaki bernama Rocky. - AFP

petikan; http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0111&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm

megat: satu ancaman kepada golongan wanita nih hehehehe

Rabu, 2 Disember 2009

Aku bercakap pasal rokok..


Pelbagai langkah dan cara telah diambil oleh pihak berkuasa bagi mengatasi gejala perokok. Banyak artikel yang memaparkan tentang keburukan dan bahayanya rokok. Banyak yang boleh kita dapati dan cari tentang artikel berkaitan rokok. Hanya petik dalam internet atau baca dimana-mana akhbar atau majalah pasti tersedia pelbagai kaitan tentang ROKOK.

Hari ini dalam akhbar mengatakan tahun depan hanya rokok 20 batang sahaja boleh dijual. Nampak gaya tahun depan kene beli banyak2 rokok 14 batang buat simpanan.Jika diingati dahulunya ada rokok 7 batang dan 10 batang harganya mampu milik oleh sesiapa. Semua itu telah dihapuskan dan hanya tinggal kenangan.
Peraturan baharu ini mungkin berupaya mengurangkan kuasa beli perokok. Namun, bagaimana dengan penjualan rokok seludup yang harganya lebih murah dan berbahaya. Di tempat aku banyak rokok seludup yang boleh didapati...contohlah Parkway, Era, Pensil, Gudang Garam dan banyak lagi yang kalau nak ditulis. Bagaimana juga peniaga yang menjual rokok batang. Rokok batang tu boleh didapati dikedai-kedai makan dan kedai runcit yang harga sebatangnya 60 atau 70 sen untuk rokok Dunhill.

Jika masalah ini gagal diatasi, usaha pihak berkuasa hanya sia-sia sahaja. Pelbagai perubahan dan peraturan telah diperkenalkan dari mengurangkan jumlah isi rokok sehingga meletakkan gambar tentang bahayanya merokok di kotak rokok. Selain itu, keterangan tentang 4,000 bahan kimia termasuk tar, nikotina dan karbon monoksida yang membahayakan kesihatan tercatat pada kotak rokok.Di kotak rokok ada juga peringatan dilarang jual kepada orang bawah umur 18 tahun. Dalam erti kata lain, pelbagai cara dan peringatan pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini.

Namun adakah semua ini berhasil, mungkin hanya 1 peratus terlekat dihati perokok atau tidak sedikitpun diendahkan oleh perokok. Lihat sahaja kempen TAK NAK....jawabnya perokok tak nak dengar jadinya.hehehehe...

Entah apa aku melalut ni, padahal aku adalah perokok tapi aku hanya menulis pada kebenaran sahaja. Melalui pemerhatian dan pengalaman sahaja. Apapun usaha untuk membanteras gejala rokok ini harus disokong samada kita perokok atau tidak namun ia pasti disokong dan cuba untuk mendengar. Hal ini kerana, sudah terbukti merokok bukan memberi kesan dan kebaikan, malah lebih kepada keburukan.

Usaha pihak kerajaan harus dipuji dan disokong, tekadkan dalam hati kita untuk memberi dan menerima usaha tersebut.



KUALA LUMPUR 1 Dis. - Mulai Jun tahun depan hanya rokok dalam pek 20 batang sahaja yang boleh dijual di pasaran.

Ini ekoran langkah Kementerian Kesihatan yang akan menguatkuasakan larangan pengilangan dan penjualan paket rokok kurang dari 20 batang bermula 1 Jun 2010.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan kerajaan itu telah dipersetujui semua syarikat rokok di negara ini dan rayuan mengenainya tidak akan dilayan.

"Pihak syarikat rokok diberi masa tujuh bulan bermula hari ini hingga 31 Mei 2010 untuk menghabiskan bekalan paket rokok yang mengandungi kurang daripada 20 batang rokok di pasaran," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, larangan pengilangan dan penjualan rokok yang mengandungi kurang 20 batang itu sebenarnya telah diwartakan pada 23 September 2004 melalui Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

"Bagaimanapun penguatkuasaan terhadap larangan itu telah ditangguhkan selama enam tahun selepas kerajaan mempertimbangkan rayuan daripada syarikat-syarikat rokok,'' katanya.

Beliau berkata, langkah larangan penjualan paket rokok itu selaras dengan peruntukan Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC), Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), di mana Malaysia merupakan ahlinya sejak 2005.

''FCTC menyarankan agar penjualan rokok dalam kotak bersaiz kecil dihentikan kerana ia mampu dibeli oleh kanak-kanak, sekali gus menjurus mereka kepada tabiat merokok," ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa tabiat merokok adalah merugikan dari segi kesihatan dan juga kewangan.

"Asap rokok terbukti mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia yang merosakkan kesihatan serta boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit kanser," katanya.

Jelas Tiong Lai, perkara itu juga merupakan pelengkap kepada usaha yang sedang dan telah dijalankan oleh kerajaan bagi melindungi rakyat negara ini daripada bahaya merokok.

"Sehubungan itu dengan penguatkuasaan sepenuhnya larangan itu bermula 1 Jan 2010, sesiapa yang didapati bersalah melanggar Peraturan 9 dan 16, PPKHT 2004 akan didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun," tegas beliau.

Sabtu, 28 November 2009

Ramalan mu tidak benar belaka...

Kalendar kaum Mayan meramalkan kiamat berlaku pada 2012 dan seluruh dunia kini berbicara mengenainya. Apakah bentuk-bentuk kemusnahan yang mungkin boleh terjadi pada dunia?

RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.

Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.

Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Filem berkisar mengenainya '2012' bakal ditayangkan di pawagam esok. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.

RUPA salah satu asteroid yang terapung di angkasa.

Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.

Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.

Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.


AIS yang mencair boleh menyebabkan banjir besar di bumi.

Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.

Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.

Hentaman objek

"Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.

"Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroid cuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu. Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa.

"Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya.

Menurut Zamri, berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.

"Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada 2036.

"Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kata Zamri.

Perlanggaran galaksi

Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku.

ZAMRI menunjukkan satu gambar permukaan bulan terbaru yang teruk dihentam objek terapung di angkasa seperti asteroid dan komet.

"Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya.

Bagaimanapun Zamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya.

PERBUATAN manusia menjadi salah satu punca berlakunya bencana alam. – Gambar hiasan. (KANAN) Hampir setiap hari, ada asteroid yang cuba menghampiri bumi.

Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya.


"Plat-plat itu kini bergerak lebih pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami. Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya. Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun.

Fenomena alam berangkai

Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut.

"Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya ketika dihubungi.

Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat.

"Gempa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya.

Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan.

"Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012.

Terma Kosmofobia

Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'.

"Semakin manusia mengenali angkasa lepas, manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky Way.

"Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam semesta," ujarnya.

rupa2nya dah banyak kali diorang ramal.

Khamis, 12 November 2009

wifi dimana-mana..

Kagum aku dgn kecanggihan dunia teknologi hari ini.Sekarang aku tgh menaip dan post ni dgn mgunakn nset je..bgitu la dunia hari ini,yg kta pkir xdpt dcpai dlu skrg berbeza sama skali.Apapun kmudahan yg ada tidak prlu kta mnyalah gunakn.Aku tgh duk melepak dpn tv smbil online dgn nset..kagum dgn pkiran manusia nih yg mcipta tpi dbri petunjuk dr Tuhan jga.

Megat= tgh mencari wifi free hahaha..

Khamis, 29 Oktober 2009

Harga rendah rokok RM6.20 tahun depan


KUALA LUMPUR 28 Okt.- Kerajaan akan menguatkuasakan peraturan harga minimum sekotak rokok RM6.20 mulai 1 Januari tahun depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penetapan harga minimum bagi sekotak rokok mengandungi 20 batang itu bertujuan menghalang pembelian rokok terutama di kalangan remaja.

Beliau berkata, ia juga untuk mengawal lambakan rokok murah yang mungkin masuk ke negara ini selepas Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dilaksanakan.

"Cadangan itu telah dipersetujui Peguam Negara dan ia telah diwartakan untuk dilaksanakan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Katanya, langkah tersebut amat penting kerana jumlah perokok di negara ini berjumlah kira-kira tiga juta orang atau mewakili 11 peratus penduduk Malaysia.

"Dengan penguatkuasaan ini, kita harap ia akan dapat mengurangkan jumlah perokok selain mampu mengawal kemasukan rokok seludup yang mempunyai kadar toksik lebih tinggi," katanya.

Katanya, usaha tersebut juga dapat memastikan orang ramai lebih sukar mendapatkan bekalan rokok berbanding sekarang.

"Dengan jumlah perokok yang ada sekarang adalah sukar bagi kita untuk menghapuskan terus penjualan rokok," katanya.


Megat: huyoooo.....kuar asap

Isnin, 26 Oktober 2009

bear game...

Hari sabtu lepas aku pegi lah kua bandar sibu...tgok2 brg je nak beli riyal xdop mana nih.skang tgh kempis nih..hehehe.aku pegi putar2 kt parkson..aku tgok satu alat permainan kt part budak2.cih..ada ke alat mainan menggalakan budak2 minum arak sampai mabuk dijual ngan tanpa segan silu je..patut xleh jual benda gini..tak heran lah budak2 skang bab2 minum nih perkara biasa je..dh diasuh dek kecil lagi.cit..woi boikot lah.


KUALA LUMPUr 25 Okt. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memutuskan untuk tetap memohon supaya kerajaan memberi dua bulan bonus kepada 1.2 juta penjawat awam pada tahun ini.

Pada masa sama, kesatuan itu juga meminta supaya bayaran khas RM500 yang diberi kepada semua penjawat awam sehingga gred 54 dan pesara wajib, diperluaskan kepada pesara pilihan.

Presidennya, Omar Osman berkata, ahli majlis kongres CUEPACS telah memutuskan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat ini.

Menurutnya, tuntutan dua bulan bonus itu telah dinyatakan sebelum Bajet 2010 dibentangkan dan ia dikemukakan semula apabila tiada pengumuman mengenainya dalam belanjawan berkenaan.

“Kita akan hantar surat kepada Perdana Menteri esok untuk bincang mengenai tuntutan bonus dua bulan gaji dan juga perluasan bayaran khas RM500 kepada pesara pilihan selewat-lewatnya minggu hadapan.

“Pesara pilihan sepatutnya turut menerima bayaran itu memandangkan mereka telah sama-sama berkhidmat memajukan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai isu-isu melibatkan kakitangan sektor awam di Wisma CUEPACS di sini hari ini.

Kira-kira 120 ahli kongres hadir dalam mesyuarat itu yang membincangkan isu-isu berhubung Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.

Omar menjelaskan, pembayaran bonus dua bulan itu dan perluasan bayaran khas kepada pesara pilihan adalah wajar bagi menghargai kegigihan kakitangan awam selama ini.

“Kita berharap dua tuntutan kami ini dapat dipertimbangkan bagi membolehkan penjawat awam menjalankan tugas dengan lebih komitmen dan motivasi,” katanya.


Megat: sama-sama lah berdoa..dapat leh lah aku beli kasut baru.

Ahad, 25 Oktober 2009

Tunggu punya tunggu...


Pembentangan bajet oleh DSN pada hari jumaat yg lepas sudah disempurnakan.Ini merupakan bajet yg pertama DSN selaku PM. DSN sangat berhajatkan Bajet 2010nya itu disokong semua golongan dan lapisan rakyat kerana ia bertemakan '1-Malaysia Kemakmuran Bersama'. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan telah digariskan dalam bajet 2010...
Aku dari awal pembentangan lagi duk depan tv..nak ikuti perkembangan bajet. Sambil tunggu bonus..akhirnya diakhir pembentangan DSN pun beritau lah...Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini....hehehehe..nak marah pun ada nak ketawa pun ada...apepun terima kasih DSN.

Megat: dulu bawah gred 41 dah dpt kan..skang turn gred 41 keatas lah...inilah dinamakan politik.

Rabu, 21 Oktober 2009

Asal usul gula-gula getah


Menurut sejarah Greek purba, orang-orang Greek juga mengunyah resin pokok yang diperolehi dari pokok mastik yang tumbuh di Turki dan Greek. Mereka memanggilnya gula-gula getah mastik. Ia digunakan bagi mencuci gigi dan menyegarkan nafas. Ia juga boleh didapat di Timur Tengah. Menurut catatan, orang-orang Indian di Tengah Amerika juga menguyah cairan daripada pokok spadilla lebih daripada 1000 tahun dahulu.

Pada tahun 1848 bermulalah gula-gula getah ini diperkilangkan secara komesial oleh John B Curtis dan abangnya. Setelah meraih banyak keuntungan mereka telah mengalihkan kilang mereka dari Bangor ke Porland dalam tahun 1850. Antara perasa yang di hasilkan ialah "White Mountain, Biggest and Best, Four-in-Hand, Sugar Cream dan Licorice Lulu". Pada tahun 1871 Thomas Adams dari New York telah mengeluarkan gula-gula getah secara pengilangan menggunakan mesin. Beliau telah menambah perasa pertama di Amerika dengan pangilan Black Jack. Gula-gula getahnya telah mendapat sambutan hangat

Megat: mulut sdg mengunyah sireh hehehe..


KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memutuskan untuk menuntut dua bulan bonus bagi 1.2 juta penjawat awam.

Presidennya Omar Osman meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan perkara ini semasa mengumumkan pembentangan belanjawan bagi 2010 pada 23 Okt depan.

Keputusan Cuepacs itu dicapai pada mesyuarat Kongres Cuepacs yang dihadiri oleh kira-kira 120 ahlinya hari Jumaat.

Omar berkata Cuepacs banyak mendapat laporan dan aduan ketidakpuasan hati selepas kerajaan mengumumkan bantuan khas bulan lepas sebanyak RM500 hanya untuk penjawat sokongan sahaja dan bukan semua.

"Kita berharap pengumuman pembentangan bajet pada Oktober ini memberikan berita yang baik kepada anggota perkhidmatan awam," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Cuepacs di Bangunan Puspanita di Jalan Hose, di sini.

-- BERNAMA

Megat:Pakat-pakat berdoa lah semua biar terbuka hati Najib baru lah rakyat diutamakan..hehehe

Selasa, 13 Oktober 2009

Bahayanye FLUORIDA!!




www.muslimconsumer.org.my/fluorida/

masuk dan tengok sendiri...esok aku nak gosok gigi guna ubat gigi tanpa FLOURIDA ler....




sebenarnye tak menarik pun..yg jadi menarik sikap kita sendiri tuh.kalau tak pemilik kedai tu tak akan penat2 nak letak amaran camtuh.apepun ibarat kata nabil..kita pikir lah sendiri..


* Tahun 2004, Pemerintah Jepun menaikan harga rokok. Dengan dinaikannya rokok, tidak menyebabkan kos pengangkutan, teksi, dll menjadi naik jugak.

* Tahun 2007 akhir, Pemerintah Jepun memasang larangan merokok di semua teksi di Jepun, tidak terkecuali untuk pengemudinya. Kalau di KL kan, penumpang mengalah kepada pemandu teksi yang merokok.

* Tahun 2008, Pemerintah Jepun mengeluarkan kad “Taspo”, yaitu semacam SIK (Surat Izin Merokok), dengan tujuan remaja di bawah umur 20 tahun tidak boleh merokok. Masing-masing perokok wajib terdaftar sebagai perokok dan wajib memiliki kad tersebut. Kad Taspo ini sangat sakti. Mesin penjual rokok atau toko tidak akan menjual rokoknya kepada yang tidak memiliki kad ini.

* Kad ini juga akan mengesan prestasi penggunaan rokok per bulan dalam hitungan grafik, yang berhubungan dengan kesehatan dunia dan sebagainya.

* Rokok di Jepun dibuatkan semacam klasifikasi dari 10 s/d 1. Tujuannya adalah memberikan penyuluhan kepada perokok untuk berhenti secara alami. Klasifikasi tingkat 10 adalah yang paling berat, tinggi kadar tar, nikotin, dll. Setelah itu akan biasakan dengan rokok klasifikasi 9, 8, 7, dst., akhirnya klasifikasi tingkat-1, yaitu rokok yang paling ringan. Kalau sudah terbiasa menghisap rokok klasifikasi-1, tidak merokok sama sekali pun boleh.

* Tempat-tempat merokok disediakan bagi perokok hampir di pusat-pusat kota

* Merokok sambil berjalan boleh didenda 5000 yen/ RM200 di tempat!

* Awal 2009, dikabarkan harga rokok akan naik berlipat-kali ganda, dari 300 yen menjadi 900 yen. Dijamin, gaji akan habis kalau nekad beli rokok tiap hari. Semua karena pemerintah peduli kepada warganya. Tanpa perlu fatwa-fatwa.

megat: nampak gaya kalau aku duk kt negara Jepun sah aku berhenti serta merta,tapi kalau gaji tahap juta2 tuh lain lak..trhehehehe..
apepun mmg bagus lah Jepun mmg tegas dlm membasmi masalah nih.Iran lagi bagus membasmi masalah rokok dan dadah..Tabik spring skit !


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menasihatkan orang ramai supaya menghantar kad ucapan Hari Raya Aidilfitri selewat-lewatnya pada 14 September ini.

Ketua Pegawai Operasi PosMel Pos Malaysia, Bahaman Kamarulzzaman berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan kad hari raya yang dikirim dapat dihantar tepat pada masanya.

Katanya, semua kad raya akan diklasifikasikan sebagai surat standard ataupun surat bukan standard bergantung pada berat dan juga saiznya.

''Berat maksimum untuk surat standard ialah 50 gram dan berukuran 165 milimeter dengan 250 milimeter.

''Kad yang tidak menepati garis panduan yang ditetapkan akan dikategorikan sebagai surat bukan standard,'' katanya pada sidang akhbar mengenai operasi Pos Malaysia mengagihkan kad ucapan Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini.

Selain itu, katanya, orang ramai juga diminta untuk memastikan nama dan alamat penerima ditulis dengan lengkap dan jelas serta sampul surat digam bagi memastikan kad tersebut dapat diproses dengan sempurna.

''Orang ramai juga dinasihatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan Pos Malaysia berkaitan dengan barangan larangan seperti mercun, senjata api dan barangan berbahaya yang lain.

''Bagi tujuan mengirim kuih raya dan bahan makanan ke destinasi antarabangsa, orang ramai diminta merujuk ke kaunter pejabat pos terdekat terlebih dahulu,'' katanya.

Tambahnya, pada tahun ini Pos Malaysia menjangkakan sebanyak 6.60 juta kad hari raya akan diproses dan setakat hari ini kira-kira 2.24 juta kad telah diproses.

p/s: Alamak...sempat ke sampai kad raya aku nih.Odoi lah...



apalah diorg pi letak parking hakim syarie dalam lokang lak..


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan hari ini.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam," kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, ketika dihubungi.

Beliau berharap, kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.

Kira-kira 860,000 penjawat awam akan menerima bayaran khas kewangan itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan akhir tahun ini.

Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. - Bernama

p/s: alamak kecewanya..baru plan nak bermewah mewah nampak gaya bersederhana lah..