Sabtu, 27 Februari 2010

12 Rabiulawal 1431H..


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh…

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.Alhamdulillah, segala puji kita panjatkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad S.A.W, penutup sekalian para nabi dan rasul.

Pada 26 Februari 2010 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1431H, kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah SAW. Keputeraan Rasulullah dan perutusan baginda merupakan satu rahmat kepada kita.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1431H/2010 yang bertemakan 'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah' di harap dapat dihayati oleh semua penduduk Malaysia, tidak kira agama dan bangsa. Marilah sama-sama kita menghayati perjuangan Nabi Muhammad SAW. Jadikan Baginda idola kita..

Selamat Menyambut Maulidur Rasul...

Isnin, 22 Februari 2010

Tuuuu.....nnnnguuuuuuu...


Guru tagih kursus BTN untuk anjakan gaji


KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa Biro Tatanegara (BTN) mengadakan kursus kenegaraan kepada guru sesi 2010 segera untuk membolehkan mereka menikmati anjakan gaji.
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata ramai guru tidak berpuas hati dan marah kerana satu daripada syarat disahkan dalam jawatan wajib menghadiri dan lulus kursus BTN. Beliau turut mendakwa sudah dimaklumkan Kementerian Pelajarantiada lagi kursus BTN dianjurkan khusus untuk guru selepas kali terakhir diadakan hujung tahun lalu kerana kekurangan peruntukan.

petikan:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/GurutagihkursusBTNuntukanjakangaji/Article

p/s: salah satu yang terlibat ialah aku..mesti lama kene tunggu nih. adoii lah...

Ahad, 21 Februari 2010

silap eja...




Antara kesalahan ejaan yang dapat aku kesan disepanjang perjalanan aku ke Sibu. Nampaknya mereka perlu belajar mengeja lagi. Masuk tadika dan mula mempelajari A...B...C....D..

Oleh itu, berhati - hati dalam pengunaan perkataan. Pastikan ejaan tersebut betul, kata orang kalau tidak tahu bertanya lah..kalau tidak sesat jalan yang boleh memalukukan diri sendiri.

Anda sendiri yang cari kesalahannya..kalau tak jumpa bermakna anda pun perlu BELAJAR MENGEJA...hehehe

Khamis, 18 Februari 2010

kuda ku pantas berlari..







Bukan nak menjual motor yer..saje nak menunjuk hahaha. Kuda ini lah yang selalu aku tunggang untuk kemana-mana. Tanpa dia patah kaki aku dibuatnya. Banyak jasa yang diberi, jadi aku kenalah menghargai jasanya.

Setakat ni tiada masalah yang timbul, harap ia berkekalan. Apapun kita bukan saja sayang pada org tersayang, tapi perlu sayangi harta benda yang kita ada.susah nak dapat wooiii...walaupun motor cabuk je!

Selasa, 16 Februari 2010

Rumah terbuka Merapatkan Hubungan..


Rakyat Malaysia dikatakan amat unik, dengan terdiri pelbagai kaum namun kita dapat hidup dengan aman dalam satu negara. Sejarah membuktikan pakatan tiga kaum utama Melayu, Cina dan India berjaya membebaskan negara dari cengkaman penjajah.Semua itu dicapai melalui kerjasama antara kaum.

Kerjasama antara kaum menjadi salah satu syarat untuk membolehkan negara kita memperolehi kemerdekaan. Berkat pemimpin yang terdahulu telah membawa kesejahteraan hingga kehari ini.

Walaupun negara mengalami sejarah hitam pada 13 Mei 1969, namun pengenalan Rukun Negara berjaya menyelamatkan kembali persahabatan yang sekian lama terjalin. Tahniah kepada penduduk negara kita kerana walaupun dilanda pelbagai badai perkauman namun kita masih lagi berjaya mengekalkannya. Oleh itu, selaras dengan dasar PM 1 Malaysia molek kita menghayatinya.

Oh..terlebih menulis, sebenarnya aku nak cerita tentang sambutan perayaan Tahun Baru Cina kali ini. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, aku bersama rakan-rakan yang lain mengambil kesempatan mengunjung kerumah rakan-rakan yang berbangsa Tionghua ini.

Kesempatan kerumah rakan-rakan diharap dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang terjalin.Oleh itu, tidak salah jika kita mengamalkan sikap kunjung mengunjung terutamanya ketika dihari perayaan ini.

p/s: terima kasih Miao dan Cikgu Rita sudi menerima kunjungan kami..tahun depan kami dtg lagi..hehehe

Isnin, 15 Februari 2010

cuti raya..


Sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini, cuti 1 minggu diberikan. Dengan cuti selama itu ia sudah memadai untuk balik kampung. Tapi aku memilih untuk bercuti disini sahaja, mungkin hanya berehat 2,3 hari dirumah dengan menyiapkan semua kerja-kerja yang tertinggal (banyak gile kije nih..mampos).

Pada mulanya cadang nak pegi Miri dan Bintulu, tapi cadangan terpaksa dibatalkan. Deli yang selama ini beria-ria nak pegi akhirnya mengkhianati kami dengan balik kampung...bukan main dulu cakap tak nak balik kampung. Mana tahan cuti satu minggu baik balik kampung jumpa bini yer Deli dapat gak hadiahnye..hehehe

Tapi ada gak aku plan untuk cuti kali ini, tak kan lah nak berehat semata-mata kan. Aku plan nak ke kawasan hulu..rasa macam nak jadi je pergi ke kawasan pedalaman. teruja nak pegi)

Orang kata bila kita dah sampai disatu kawasan baik kita gunakan kelebihan itu dengan sebaiknya. Oleh itu, sebelum aku tukar status baik aku jalan-jalan tengok keindahan alam dulu. Selepas bulan March pantang ada cuti pasti nak balik kampung...hehehehe..lalalala...lalala..

Sabtu, 13 Februari 2010

恭喜发财

chinese calendar 2009
Chinese New Year graphics comment


Selamat Menyambut Tahun Baru ...Gong Xi Fat Cai untuk rakyat Malaysia. terutamanya yang bagi masyarakat Tionghua. Tahun 2010, sambutan Tahun Baru disambut pastinya lebih meriah dengan kedatangan Tahun Harimau.

Haiwan ini amat dihormati sebagai lambang kepimpinan, tenaga, keberanian, menjaga kemewahan dan melindungi daripada kejahatan. Itulah serba sedikit tentang tahun harimau. Oleh itu sesuai dengan lambang kekuatan harimau sama-sama kita menghayati kekuatan sang belang..

aurrrmmm.............

Khamis, 11 Februari 2010

Chuck...


Pernah tak tengok cerita Chuck.Aku ikut dari season pertama lagi dah tertarik dgn cite dia. Sekarang setiap hari khamis pukul 10.00 kt astro 701 anda akan dapat mengenali Chuck. Cih ..aku siap promosi lak..

serba sedikit tentang...Chuck..Chuck is an action-comedy television program from the United States created by Josh Schwartz and Chris Fedak. The series is about an "average computer-whiz-next-door" who receives an encoded e-mail from an old college friend now working in the CIA; the message embeds the only remaining copy of the world's greatest spy secrets into Chuck's brain....hero kt sini Charles "Chuck" Bartowski dan beberapa org lagi..ops jgn lupa dgn Agent Sarah Walker love u..

apapun sekurang-kurangnya ada gak nak dilayan malam-malam, kalau tak asyik ngadap kije tak pun Facebook yang berpuaka.

Rabu, 10 Februari 2010

panas...panas..panas...


Panas betul cuaca dua, tiga hari ni..rasa mengelegak kepala ni. Cuaca yang panas sangat ni boleh buat kepala pun sakit..dan ada yang mulai nak deman. Macam aku ni dah lah kureng antibodi..Adakah ini fenomena musim kemarau sudah kembali??

Bila cuaca panas..keadaan diri pun tak selesa, yang tak pakai deodorant kt ketiak tuh...pasti berpeluh sakan lah dan bau pulak. Yang pasal bau satu..panas ni bleh buat kulit kita terbakar..macam udang di bakar jadinye.

Apapun..dinasihati minum air banyak-banyak. Kurangkan aktiviti diluar..dan pastikan ketiak anda tidak basah..hehehe

Isnin, 8 Februari 2010

makan tiap-tiap hari..


Masuk tahun baru..perubahan turut di lakukan. Jika dahulu kami mengupah orang untuk memasak, sekarang kami beli lauk di kedai. Nampaknya kaedah ini lebih menjimat dan menguntungkan. Beli lauk untuk makan tengah hari dan malam terus...hehehe..kira2 dalam rm8.00 sehari dibenlajakan..jika 1 bulan bermakna rm240..dengan dibahagikan 4 orang..jadi rm 60.00 shj dibelanjakan untuk makan..huyooooo..jimat dan sungguh ekonomik. Berbanding dengan dahulu..rm120 untuk upah dan rm40 untuk beli lauk..jadi rm160 seorang...

perbandingan..

TAHUN 2009

- upah memasak - RM120
- beli lauk (setiap minggu)- RM40
- jumlah - RM160 (seorang)
(Setiap bulan)

TAHUN 2010

- beli lauk shj - RM8.00 X 1 Bulan
- jumlah - RM240/4
- RM60 SHJ (seorang)

Jimat sungguh....akhirnya kami berjaya menjimatkan RM100 untuk setiap bulan untuk kos makanan...hehehehe

Ahad, 7 Februari 2010

suasana sukan





Sabtu, 6 Februari 2010

Hari Sukan...

sejarah tercatat..bermulanya bulan februari hari sukan yang selama ini bermula ditengah tahun akhirnya dilaksanakan pada awal-awal tahun lagi. Mungkin selepas ini tumpuan pada akademik akan lebih diutamakan.

Secara ringkas tentang hari sukan yang berlangsung pada 1-4 Februari 2010.
1) Hari sukan yang mmg berbeza dgn mana-mana sek di semenanjung (biasa 1 hari saja, tapi kt sini 4 hari)
2) Semangat pelajar2 yg terlibat dikagumi (walaupun ada sesetengah yg cepat putus asa, tapi masih ramai yg cekal hadapi cabaran..berlari ditengah panas tanpa memakai kasut di atas tar yg berturap kasar...anda sanggup?)
3) Sukan di stadium (huyooo...kalau sek dulu hnya 1 hari saja hari sukan..kt sini 4 hari)
4) Panas ( alhamdulilah..tiada hujan ketika kejohanan berlansung, hinggakan semua kulit guru dan pelajar ibarat udang kene bakar)
5)Kerjasama (guru memberi kerjasama yang sangat bagus, semua orang mempunyai tugas walaupun ada yang mengambil kesempatan..paling ketara tugas pengurus rumah sukan yang sememangnya akan mengalami tension dan pening kepala. namun ada juga pengurus pasukan yang hanya lepas tangan...amboi)
6) hari sukan hari untuk berseronok dan mencungkil bakat2 baru
7) kesan sampai sekarang sakit urat saraf ni...rasa nak deman pun ada.
8) Pelajar ambil kesempatan untuk buat perkara yang melanggari disiplin
9) hari terakhir bos bagi masuk kerja pukul 7.40 pagi...besz
10 keputusan akhirnya...
no 1- Jingga (kekalkan kejuaraan)
no 2- Merah (kesian 1 mata sahaja yg membezakan dgn tempat pertama)
no 3- Biru (berada dlm kelas dan kedudukan tersendiri dgn berjaya naik 1 tangga)
no 4- Kuning (hilangkan badi tempat terakhir tahun lepas)
no 5- Hijau (kesian...turun mendadak)
no 6- Unggu (selamat kembali hehehe)


rupe-rupenye lama juga aku tak update blog aku nih.bukan apa, awal tahun biasanya banyak kerja yang perlu dibuat. dicampur pula dengan pelbagai aktiviti diwaktu petang. aktiviti terakhir hari sukan sekolah.
apapun aku cuba aktif kembali menulis...