Memaparkan catatan dengan label baru ku tahu... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label baru ku tahu... Papar semua catatan
Isnin, 8 Februari 2010

makan tiap-tiap hari..


Masuk tahun baru..perubahan turut di lakukan. Jika dahulu kami mengupah orang untuk memasak, sekarang kami beli lauk di kedai. Nampaknya kaedah ini lebih menjimat dan menguntungkan. Beli lauk untuk makan tengah hari dan malam terus...hehehe..kira2 dalam rm8.00 sehari dibenlajakan..jika 1 bulan bermakna rm240..dengan dibahagikan 4 orang..jadi rm 60.00 shj dibelanjakan untuk makan..huyooooo..jimat dan sungguh ekonomik. Berbanding dengan dahulu..rm120 untuk upah dan rm40 untuk beli lauk..jadi rm160 seorang...

perbandingan..

TAHUN 2009

- upah memasak - RM120
- beli lauk (setiap minggu)- RM40
- jumlah - RM160 (seorang)
(Setiap bulan)

TAHUN 2010

- beli lauk shj - RM8.00 X 1 Bulan
- jumlah - RM240/4
- RM60 SHJ (seorang)

Jimat sungguh....akhirnya kami berjaya menjimatkan RM100 untuk setiap bulan untuk kos makanan...hehehehe

Selasa, 24 November 2009

Masalah berkepala berkelemumur..


Sekarang ni aku alami masalah yang kebiasaan dialami oleh lelaki atau perempuan yang mempunyai rambut iaitu masalah kelemumur. Sebelum ini tak pernah aku alami masala ini. Hal ini boleh menyebabkan kehenseman aku terjejas hahahaa...yer lah mana tak tengok rambut ada kelemumur...tapi yang pelik kt sebelah kanan je ada masalah ini. Penyakit ni membuatkan kepala aku gatal dan ia akan menyebabkan kelemumur berguguran. Adoi rimas aku...
Apapun aku dah menyelidiki sebab dan kenapa masalah kelemumur terjadi. Cuma sekarang bagaimana nak atasi masalah ini, cukupkah dengan menggunakan syampu yang banyak dijual dipasaran. Mungkin juga dengan membotakkan kepala masalah ini dapat diatasi...oh tidak!!.
Penggunaan syampu anti kelemumur yang kerap kemungkinan boleh menyebabkan masalah ini dapat diatasi. Apapun lebih baik mencuba, dan kita dapat tengok adakah positif kesannya atau hanya ombong kosong untuk memikat pembeli seperti yang terdapat dalam iklan tv tu. Kalau masalah ini masih terjadi bermakna iklan yang dilaungkan dalam tv tu hanya kosong semata-mata..apapun situasi sekarang lebih baik mencegah dari berubat.

Megat: botak kepala lepas dapat result STPM..

Isnin, 19 Oktober 2009

Saiz jadi masalah

SAIZ zakar sering menjadi keutamaan lelaki dan ramai berpendapat anggota kelamin mereka tidak cukup besar lalu mencari untuk membesarkannya.

Namun ada juga lelaki yang bermasalah kerana saiz zakar dikatakan besar hingga menimbulkan rasa sakit kepada isteri ketika melakukan hubungan kelamin.


Tidak dinafikan saiz zakar suami yang besar boleh menimbulkan keresahan kepada wanita apabila mengalami kesukaran untuk memasukkannya dan memuatkannya dalam faraj. Sebenarnya faraj wanita mampu mengembang dan meluas.

Jika bayi yang besar itu dapat keluar menerusi faraj, tiada zakar yang lebih besar daripada itu! Yang mustahak ialah wanita itu mengembangkan pembukaan faraj ketika memasukkan ereksi suami ke dalam ruang faraj.

Untuk melakukan itu dia perlu legakan kemut atau jangan kemut. Kembangkan pembukaan lubang faraj. Jika permukaan faraj kurang lembap, gunakan pelicin supaya lebih mudah zakar masuk.

Secara semula jadi, faraj boleh mengembang dan meluas sehingga tiga hingga empat kali ganda atau lebih (ketika bayi keluar).

Jika isteri masih tidak dapat menyesuaikan farajnya dengan ereksi suami atau dia kerap mengalami kesakitan faraj dan vulva setiap kali bersetubuh, elok bawa isteri berjumpa pakar sakit puan untuk menjalani pemeriksaan.

Mungkin doktor dapat membantunya melakukan pemeriksaan dan mengajarnya cara untuk meluaskan faraj. Sebilangan besar wanita berasa faraj mereka sempit untuk ereksi suami, namun selepas melahirkan bayi mereka tidak lagi mengalami masalah itu.

Sementara itu ‘keprihatinan’ terhadap saiz zakar, terutama yang menganggap zakar mereka kecil dan timbul minat yang tinggi untuk membesarkannya, secara tidak langsung membuka peluang untuk individu yang mahu buat duit menyediakan rawatan dan kaedah bukan-bukan.

Memandangkan saiz zakar isu sensitif, mereka yang mahu membesarkan zakar tidak membincangkannya secara terbuka, sekali gus menyebabkan ramai penjual dan pengusaha kaedah pembesaran zakar bermaharajalela kerana mangsa mereka tidak mendedahkan penipuan dilakukan.

Keadaan itu menyebabkan lebih ramai menjadi mangsa. Selagi perkara itu tidak didedahkan, selagi itu ada yang terperangkap dan terpedaya. Lebih menakutkan, kaedah dan rawatan yang mereka amalkan boleh memudaratkan kesihatan atau alat kelamin.

Sebagai contoh, ada tukang urut atau tabib menyuntik bawah kulit zakar dengan minyak cendana atau minyak bunga hingga menyebabkan keseluruhan zakar mengalami radang. Memang benar zakar menjadi besar, tapi ia tidak berfungsi.

Akibatnya mangsa terpaksa pula membelanja ribuan ringgit untuk menjalani pembedahan pemulihan yang akan ‘membantutkan’ lagi zakar mereka!

Begitu juga kaedah lain seperti menggunakan alat penarik zakar palsu atau yang diciplak sehingga otot dalaman terkoyak dan berlaku kekerasan otot yang menyebabkan zakar menjadi bengkok (penyakit Peyronie).

Ada juga yang menggunakan pam vakum sehingga kulit gelembung dan lebam serta zakar rosak akibat kebekuan darah dalam zakar.

Sebenarnya rawatan pembesaran zakar perlu dilakukan doktor dan pakar perubatan yang berkaitan. Memang tidak dinafikan masalah saiz zakar, sama ada kecil atau besar, sangat penting, namun ia satu isu kesihatan dan perlu dikendali secara profesional.

Jangan mudah terpengaruh dengan laman web yang kelihatan profesional tapi maklumat di dalamnya hanya diceduk dan mengelirukan.

Ada juga laman menggunakan nama doktor, termasuk nama saya, dengan pelbagai komen yang semata-mata hanya untuk melariskan produk mereka.

Hakikatnya saya tidak pernah buat komen sebegitu. Jadi jangan percaya laman yang menggunakan gambar saya kerana banyak penipuan berlaku.

DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby

Megat: tu dia..bersyukur apa yg ada


APAKAH wanita berkahwin yang tidak keluar darah pada malam pertama bersama suami dikatakan tiada dara?


Saya dapati ramai lelaki yang salah anggap jika isteri tidak keluar darah ketika bersama pada malam pertama, dia menganggap isterinya tiada dara lagi.

Sebelum ini, saya pernah membaca artikel daripada pakar yang mengatakan jika tiada darah keluar sewaktu bersama pada malam pertama, bermakna isteri sudah bersedia untuk menerima hubungan seks daripada suaminya.

Apabila isteri tidak menerima dalam keadaan tenang (dalam keadaan malu-malu atau tidak bersedia), darah akan keluar. Adakah pendapat itu benar?

LIZA,
Klang, Selangor.


JAWAPAN

TIDAK semestinya. Selaput dara seseorang individu berbeza-beza daripada segi bentuk, ketebalan, bekalan darah dan seumpamanya.

Ada yang mempunyai selaput dara yang tebal, ada pula yang nipis seperti sehelai kertas. Ada yang melebar melingkari sekeliling bukaan faraj (bentuk cecincin), mempunyai sambungan di tengahnya (septate), menutupi keseluruhan bukaan faraj lubang halus menembusinya (fenestrasi), malah ada yang menutup terus (imperforate).

Ada selaput dara yang mempunyai banyak saluran darah, ada pula yang seolah-olah tiada langsung saluran darah. Ada yang bersifat sangat elastik sehingga boleh membenarkan kemasukan seperti jari menembusinya tanpa koyakan.

Nama selaput dara juga mungkin mengelirukan kerana bagi kebanyakan perempuan, ia tidaklah menyelaputi keseluruhan bukaan faraj, tetapi hanya seperti cecincin nipis yang mengelilingi tepian faraj terbabit. Lubang di tengahnya membolehkan aliran darah haid atau lelehan faraj keluar.

Pecah selaput dara bukanlah bermakna ia mengalami trauma teruk sehingga perlu ada pendarahan. Kadangkala selaput dara hanya terbelah sedikit saja kerana ia bersifat elastik.

Hanya apabila koyakan selaput dara mengenai saluran darah saja, barulah terdapat sedikit pendarahan. Hubungan seks eloklah dilakukan dalam keadaan si isteri sudah bersedia agar ia dapat dinikmati bersama.

Namun, ini tidak bermakna jika isteri tidak bersedia, pendarahan akan berlaku. Jika benar, sudah tentu ia dialami ibu lain yang didatangi suaminya dalam keadaan yang belum atau tidak bersedia.

Kadangkala, pendarahan boleh disebabkan luka pada sempadan di antara bibir kemaluan dengan bukaan faraj bahagian belakang (dinamakan fourchette posterior), ia boleh mengalami luka laserasi dan menyebabkan kesakitan pada setiap kali penetrasi hubungan seks.

PAKAR SAKIT PUAN bersama Dr. Adilah Ahmat
Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpu

Megat: wah...begitu yer baru tau..