Rabu, 26 Ogos 2009

Jejalan di Kapit

Muzium Kapit tapi tak bukak plak..
bersama dengan Deli
Trip ke Belaga plak Pendi
Kapit yang tak tersempit


Jalan-jalan ke Kapit diteruskan lagi..ini sebahagian gambar aku ngan Deli (konon2 pelancong ler) ngan Pendi (bertindak pemandu pelancong) di Kapit.tengah ari ngan panas giler aku pegi lah jgk jalan-jalan Kapit Town nih.kalau tak rugi lak dtg jauh2 tak tgok2 town. Sebenarnya bleh tahan lah duk kt sini..walaupun jauh nak kuar bandar Sibu nun..lebih kurang 160km tuh.kalau ngan tempat aku dlm 80km jer. Apepun seronok berada di Kapit, yg penting dpt jumpa kawan baik kami...Cikgu Pendi. Esok pepagi lagi kene naik bot balik ke tempat asal...jumpa lagi Kapit.

Disini ada beberapa petikan soalan dan jawapan yang mendapat respon Mufti Perak tentang hukum berkaitan pembelian insuran dan ASB. Sama-sama kita hayati dan memahaminya.

Soalan 1:

Perbezaan antara dua syarikat Takaful iaitu Syarikat Takaful Malaysia dan Takaful Nasional Sdn Bhd Yang menjalankan Insuran konvisional ?

Jawapan:

Syarikat Takaful Nasional telah diberikan modal pendahuluan oleh MNI Insuran yang akan dibayar balik. Untuk pengetahuan tuan, MNI mempunyai harta bernilai 200 Billion dan bukan semuanya diperolehi secara haram. Mengikut kaedah Fiqh harus bermuamalah dengan orang yang kebanyakan hartanya yang haram. Bank Islam juga diberi pendahuluan oleh kerajaan yang perolehannya termasuk dari sumber yang haram.

Untuk pengetahuan tuan, jawatankuasa penasihat syariah bagi MNI terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang syariah.

Soalan 2:

Memohon penjelasan tentang Insuran Nyawa atau apa-apa jenis Insuran yang dijalankan di Malaysia ?

Jawapan:

Setakat ini Kontrak Insuran yang urusannya menepati Hukum Syara` ialah Takaful Malaysia dan Takaful Nasional.

Soalan 3:

Apakah hukumnya bagi seseorang Islam itu membeli polisi Insuran dengan tujuan sebagai perlindungan dan simpanan sekiranya berlaku sebarang musibah ke atas dirinya di kemudian hari dan perbezaan antara Insuran Conventional dengan Takaful?

Jawapan:

Insuran Konvensional adalah haram. Perlindungan yang dibuat oleh Takaful dikeluarkan dari Tabung Khairat yang dikumpulkan dari sumbangan `Tabarru` ahli-ahli. Skim khairat adalah harus hukumnya. Transaksi ini sentiasa dipantau dan diawasi oleh Majlis Pengawasan Syariah agar tidak bercanggah dengan hukum syara`.

Soalan 4:

Apakah hukum seorang Islam yang mengambil Insuran dari syarikat Insuran konvensional dan bukan dengan Takaful ?

2) Adakah produk Insuran Islam di syarikat Insuran konvensional mengikut syarak?

3) Perbezaan Insuran Takaful dan Konvensional ?

Jawapan:

1) Adalah menjadi kewajiban setiap muslim untuk memilih Takaful kerana urusniaganya menepati hukum syara` dan sentiasa dikawal selia oleh penasihat syariah yang pakar dalam bidang muamalah Islamiah.

2) Produk Insuran Islam di syarikat konvensional adalah mengikut syara` kerana mempunyai penasihat syariahnya sendiri.

3) Takaful adalah berkonsepkan ta`awun (tolong-menolong) dan tabaru` (menderma) manakala insuran konvensional adalah berasaskan perniagaan yang samar -samar barang dagangannya. Urus niaga seperti ini ditegah dalam Islam.

Soalan 5:

Apakah ada syarikat Insuran di Malaysia yang menawarkan produk yang diluluskan oleh syariah?

Jawapan:

Ada dua syarikat Insuran berunsurkan Islam telah beroperasi di Malaysia iaitu :

a) Takaful Nasional Nasional

b) Takaful Malaysia

c) Takaful Ikhlas

Ketiga-tiga Takaful di atas hanya berniagakan produk yang lulus pada hukum syarak

Soalan 6:

Apakah hukum berurusan dengan Amanah Saham Nasional (ASN) ?

Jawapan:

Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan bagi membiak ,mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam dinegara ini yang bermuamalah atas jalan. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah harus sepertimana nas yang terdapat di dalam kitab. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya Islam dinegara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap dharurat yang dimaksudkan itu ialah dari aspek ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.

“ Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya halal”

Soalan 7:

Mohon pandangan tentang perlaksanaan Skim Takaful bantuan bencana alam dan fakir miskin ?

Jawapan:

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada 26 Safar 1423 bersamaan 9 Mei 2002 buat kali 155 berpandangan bahawa cadangan perlaksanaan skimTakaful bagi bantuan bencana alam dan fakir miskin adalah tidak bertentangan dan tidak bercanggah dengan hukum islam berdasarkan kaedah

Telah disemak oleh Pegawai Istinbat pada 14/1/05

Di petik dari http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/insuran.htm





Cuti sekolah ni aku tak balik kg..nampak gaya tak berpeluang berpuasa kt kg lah tahun ni. Aku dan Deli dh join cuti2 Malaysia lah skit kononnya. Aku wat kembara ke Katibas dan Kapit.



1.Katibas


Aku pegi umah kawan baik aku Wadi Mat.nak tengok camne kehidupannye kt dalam utan nun. Aku bertolak dri Kanowit pukul 6.45am.aku naik xpress bot tambang dlm RM20.bleh tahan lah sebab duk kt VIP hehehe..kt tempat aku bot nih lebih kurang cam bas lah peranannye. Sampai di Song (sebelum masuk ke Katibas), Wadi dh tngu kita org. Kami bertiga naik bot panjang ke Katibas kira mgambil masa 40minit lah nak sampainye. Sebenarnya bleh tahan lah kehidupan kt dlm tuh.cuma line tel lah susah giler nak dpt...sampaikan Deli gelisah nak kol2 Ida dia tuh hehehe..mesti Ida tertnggu msg Deli ahaks! padahal aku pun buat fifi ternanti2 gak..;-).kt Katibas semua okep lah aku tgok bangunan sekolah pun ok..tak mcm sekolah aku lah yg bangga sgt sekolah tertua di Sarawak sampaikan bangunan sekolah pun turut sama tua beruban..hohoh. Apepun aku rasa bleh hidup lah kt Katibas. Aku kt situ tak la lama sgt tu pun sebab Wadi nak ke KK..kalau tak mau dlm 2,3 hari lepak sana tuh..

2.Kapit
Perjalanan aku diteruskan lagi.kali nih aku pegi ke Kapit selepas ronda2 Katibas.Tambang dr Song-Kapit hanya RM10 shj. Perjalanan dlm masa 1jam je kot...lupe tgok sb sedar2 dh sampai. Kapit adalah satu2nye bahagian di Sarawak yg xder jalan perhubungan dgn bandar Sibu nuh..kira lebih kurang cam pulau lah Kapit nih.hanya penduduk Kapit aje lah yang ada kalau nak mai Kapit kene lah naik bot lor..Tujuan aku kt Kapit nak pegi umah Pendi. Bez pe kt sini...nampak je kawasan hulu Sarawak padahal semua ada pe kt sinih. Hari mula2 kt Kapit dlm bulan puasa yg berkat ni kita org dh pegi mandi manda kt air terjun belakang Sek. Men. Keb Selirik (nih sekolah Pendi) . Bleh tahan per ambil masa 30minit gak nak sampai tapi berbalaoi lah..walaupun kene naik trun bukit tapi dh lama xmandi air terjun sangguo lor...apepun sempat mandi wajib hahaha. Esok nak jalan2 bandar Kapit lak..camne lah agak2nye


Air terjun yg Pendi tak tau nama haram pun...


Rupanye aku baru berjumpa lah..padahal dulu dh ada tapi tak aktif sgt.so skang aku baru belajar menulis blog hari ini dgn lebih serius lah skit. Itu pun aku pergi menuntut punya lah jauh hingga ke kapit jumpa cikgu Pendi...apepun pasni aku akan giatkan usaha utk menulis..