Ahad, 3 Januari 2010

Kembali ke tanah Kanowit


siap sedia nak terbang..


Akhirnya selepas bersuka ria bercuti selama 20 hari, aku kembali ke Kanowit tempat aku bertugas. Hiba dan berat hati nak tinggalkan rumah tapi teruskan juga demi meneruskan khidmat.

Di Aiport Kb jam 2.15 aku sampai itupun hampir lewat disebabkan aku sembahyang Jummat (tunaikan kewajiban dulu), pastu baru lah kelam kabut bawak kete. Syukur Alhamdulilah sempat semuanya. Pukul 3.00 pm aku tinggalkan Kelate,apapun aku hampir tak berjaya bawa tayar motor TT 900 Dunlop yang baru aku amik nih, syukur lah semua berjaya aku harungi.Untuk ke Sibu aku terus letakkan tayar kat dalam kargo tukar dengan beg aku tuuh. Semua berjalan lancar..ubah strategi.

Berlepas pada pukul 7.00 pm yang sepatutnya 6.30pm, keadaan cuaca tak terlalu baik. Kapal ibarat dilambung ombak ada rasa pening dan takut juga. Ramai kawan-kawan yang terbang sama, rasa terhibur lah juga hati ni.

Alhamdulilah 9.00 pm selamat sampai, dan 11.00 pm aku menjejak kaki di tanah Kanowit. Bersiap sedia memulakan kehidupan baru untuk tahun 2010.

0 ulasan: