Memaparkan catatan dengan label islamik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label islamik. Papar semua catatan
Sabtu, 27 Februari 2010

12 Rabiulawal 1431H..


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh…

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.Alhamdulillah, segala puji kita panjatkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad S.A.W, penutup sekalian para nabi dan rasul.

Pada 26 Februari 2010 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1431H, kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah SAW. Keputeraan Rasulullah dan perutusan baginda merupakan satu rahmat kepada kita.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1431H/2010 yang bertemakan 'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah' di harap dapat dihayati oleh semua penduduk Malaysia, tidak kira agama dan bangsa. Marilah sama-sama kita menghayati perjuangan Nabi Muhammad SAW. Jadikan Baginda idola kita..

Selamat Menyambut Maulidur Rasul...

Sabtu, 28 November 2009

2012...khayalan atau realiti?



Filem yang diterbitkan oleh orang luar sememangya boleh dikatakan sebagai "superb". Bukan nak memuji atau menyokong, tetapi memadai dengan kualiti persembahan yang dipamerkan. Aku telah menonton satu cerita yang berkaitan dengan kemusnahan bumi...filem 2012. Menonton bersama-sama Fendi dan Hendi di Sibu, bertolak pukul 8.30 malam hingga balik pakul 3.30 pagi...(kije gile)

Cerita 2012 mengisah dunia mengalami kemusnahan seakan digambarkan oleh orang barat sebagai "hari kiamat". Manusia ingin menyelamatkan diri, pelbagai cara dilakukan untuk selamatkan nyawa. Dalam cerita, mereka yang mempunyai wang boleh menyelamatkan diri dengan berlindung di dalam kapal penyelamat yang bila entah dibinanya.

Lagak Amerika Syarikat sebagai penyelamat dunia tertonjol kembali, menerapkan nilai kepada penonton bahawa Amerika Syarikat sahaja yang mampun menolong negara lain. Semua negara tunduk dan percaya kepada keputusan Amerika. Walhal kita sedar Amerika pengganas utama dunia..berapa buah negara yang dimusnahkan berapa orang yang tidak bersalah dipenjarakan. Amerika terus angkuh duduk dibumi Tuhan ini.

Dari sudut positif, sememangnya memberi keinsafan dan kesedaran kepada yang melihat menggunakan akan fikiran dan iman. Kemungkinan gambaran cerita 2012 itu akan terjadi nanti. Manusia berkeliaran melarikan diri menyelamatkan diri bak kalkatu keluar dari sarang persembunyian. Anak kecil yang disusu ibu terlepas dari dakapan..bukit bukau yang lama terpacak hancur sekelip mata..bangunan yang gah dibina rebah kebumi..takut membayangkan semua itu.

Oleh itu, kita sebagai manusia yang beriman harus mempercayai tentang hari kiamat.Nabi Muhammad S.A.W telah berpesan kepada kita semua..dan telah jelas dalam rukun iman ada tentang percaya kepada hari akhirat. Malah kandungan Al-Quran juga ada menyebut tentang perkhbaran ini. Sesungguhnya Allah S.W.T mengkhbarkan kepada kita untuk kita lebih bersedia menghadapinya.

Apapun baik buruk sebuah cerita bukannya hendak dipentingkan dalam penulisan ini. Tujuan bukan mengkritik semata-mata, tetapi ingin berkongsi keinsafan dan pengajaran.

Megat: amalan belum mengcukupi untuk menghadapi Nya..

Jumaat, 27 November 2009

MENGHAYATI HARI RAYA KORBAN


'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Ramai ummat Islam yang mampu melakukan korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.

Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam IsyaAllah akan wujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara pemimpin dengan rakyat biasa.

Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertolongan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang.

Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:

Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".

Justeru, perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha,pasti akan ada kejayaan dan kegembiraan yang kita perolehi.
Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakannya walaupun sekali seumur hidup.

Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya:

"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai munafaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)


Sungguh besar manfaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji. Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak.

Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.

Aku berdoa kepada Allah s.w.t. semoga diampunkan segala dosa-dosa aku selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin aku telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan

Megat: InsyAllah, suatu masa nanti aku akan pergi ke Mekkah...usia 43 tahun.

Khamis, 15 Oktober 2009

Kuku ku dan Jari ku..


Dikatakan
bahawa menyimpan sebatang jari kuku
yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang
babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang
panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung
untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan ada niat
simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari
kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku
panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia jugabukan budaya kita apatah
lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak
yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan
bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa
menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat
cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar
pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Percayalah.
Pasal tabiat
berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur
dan tidak berjaya. Syarikat
Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai
pekerja dan pemilik yang berkuku panjang . Untuk yang bujang
beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu
anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek... Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang
mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis
manusia, iaitu E-Coli.
Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan
dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk
kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau
memakai cincin pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking
(anak jari)
dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias
kaum yang dilaknat oleh
Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau
pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan
juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah
yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak
sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw.
memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat
mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.


nampak gaya aku kene pastikan kuku aku nih sentiasa bersih dan TAK panjang lor.

Rabu, 14 Oktober 2009

Rupenye kita nih sentiasa MEMBAZIR!!


IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahualam..

Megat: alamak ada betunya...sebab terkene jgk lah kt batang idung nih hehehe

Jumaat, 4 September 2009

MAKANAN, MINUMAN


GARIS PANDUAN MAKANAN, MINUMAN DAN BARANG GUNAAN ORANG ISLAM


1. TUJUAN


Garis panduan ini bertujuan dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkuasa pengeluar sijil halal bagi menentukan kehalalan sesuatu produk. Panduan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam.



2. SUMBER BAHAN MAKANAN DAN MINUMAN


Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan ada yang diharamkan.


2.1 Haiwan


Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu;


a) Haiwan Darat.

b) Haiwan Air.


2.1.1 Haiwan Darat


Semua haiwan darat halal dimakan kecuali;


i. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

ii. Babi.

iii. Anjing.

iv. Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya.

v. Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya.

vi. Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya.

vii. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.

viii. Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.

ix. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut dan seumpamanya.

x. Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing.


2.1.2 Haiwan Air


Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.


2.1.3 Tumbuh-tumbuhan


Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram.


2.1.4 Minuman


Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda najis.


2.1.5 Bahan Semulajadi


Semua bahan semulajadi seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.


2.1.6 Bahan Kimia


Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.


2.1.7 Bahan Tambah


Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak.



3. BAHAN GUNAAN ORANG ISLAM


Bahan gunaan orang Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu;


a) Kosmetik

b) Pakaian dan peralatan.



3.1 Kosmetik


3.1.1 Kosmetik adalah bahan-bahan atau ramuan yang terdiri daripada pelbagai unsur untuk dimasukkan ke dalam tubuh, disapu, digosok, dibalut, ditempel, dipakai dengan tujuan untuk kecantikan seperti pewarna rambut, bedak, gincu, pewarna kuku dan seumpamanya.


3.1.2 Bahan kosmetik yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang diperbuat daripada sumber haiwan halal yang disembelih menurut kehendak syarak adalah boleh digunakan.


3.2 Pakaian dan Peralatan


3.2.1 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan boleh digunakan.

3.2.2 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada bulu haiwan boleh digunakan kecuali bulu babi dan anjing.

3.2.3 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada tulang, tanduk, kuku dan gigi haiwan yang dagingnya halal dimakan melalui sembelihan mengikut hukum syarak boleh digunakan.
Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada kulit haiwan (kecuali kulit babi dan anjing) yang telah disamak boleh digunakan.


dipetik dari www.halal.gov.my

MENJADI JUTAWAN DI BULAN RAMADHAN AL MUBARRAK

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala.
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala.
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala.
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala.

Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt RM 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt RM 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt RM 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu RM 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt RM 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan RM 2,835,000.00 (Allahu Akhbar!)

Wow! MasyaAllah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari Sahaja!!!!

Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka Allah akan memberikan pahala atas setiapnya.

Sahabat pun bertanya satu perkataan satu pahalakah?

Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, Allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala. (hadis)

Wow!!! Bila kita baca Al-Quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam RM. Berapakah jumlahnya? ???? (Allah sahaja yang mengetahuiNya)

Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat, puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?

Sesungguhnya Allah swt itu teramat Maha Pemurah dan Maha Kaya. Tidak ada. Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan lain-lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup semakin hampir. (16 hari ajer lagi dari hari ini 13 ramadhan)

Tetapi sedihnya masih ramai di antara kita yang mahu miskin di dunia dan miskin di akhirat! Mengapa?

Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.

Tak guna jika kita ada degree ke, engineer ke, magistrate ke, lawyer ke, jadi akauntan ke, master in business admin (MBA) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.

Jadi mari kita lihat siapa yang untung, siapa yang rugi!!!!!!

**Sesungguhnya RM1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala Allah swt.. Hanya Allah swt sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu.. Renungkanlah.

Selamat berpuasa, Selamat beramal, Semoga ramadhan ini memberi satu makna kepada kita. Rebutlah peluang yang hadir setahun sekali ini sahaja.

Mungkinkah ini ramadhan terakhir buat kita, tak siapa yang tahu........

Waallahua'lam bis'showab

Disini ada beberapa petikan soalan dan jawapan yang mendapat respon Mufti Perak tentang hukum berkaitan pembelian insuran dan ASB. Sama-sama kita hayati dan memahaminya.

Soalan 1:

Perbezaan antara dua syarikat Takaful iaitu Syarikat Takaful Malaysia dan Takaful Nasional Sdn Bhd Yang menjalankan Insuran konvisional ?

Jawapan:

Syarikat Takaful Nasional telah diberikan modal pendahuluan oleh MNI Insuran yang akan dibayar balik. Untuk pengetahuan tuan, MNI mempunyai harta bernilai 200 Billion dan bukan semuanya diperolehi secara haram. Mengikut kaedah Fiqh harus bermuamalah dengan orang yang kebanyakan hartanya yang haram. Bank Islam juga diberi pendahuluan oleh kerajaan yang perolehannya termasuk dari sumber yang haram.

Untuk pengetahuan tuan, jawatankuasa penasihat syariah bagi MNI terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang syariah.

Soalan 2:

Memohon penjelasan tentang Insuran Nyawa atau apa-apa jenis Insuran yang dijalankan di Malaysia ?

Jawapan:

Setakat ini Kontrak Insuran yang urusannya menepati Hukum Syara` ialah Takaful Malaysia dan Takaful Nasional.

Soalan 3:

Apakah hukumnya bagi seseorang Islam itu membeli polisi Insuran dengan tujuan sebagai perlindungan dan simpanan sekiranya berlaku sebarang musibah ke atas dirinya di kemudian hari dan perbezaan antara Insuran Conventional dengan Takaful?

Jawapan:

Insuran Konvensional adalah haram. Perlindungan yang dibuat oleh Takaful dikeluarkan dari Tabung Khairat yang dikumpulkan dari sumbangan `Tabarru` ahli-ahli. Skim khairat adalah harus hukumnya. Transaksi ini sentiasa dipantau dan diawasi oleh Majlis Pengawasan Syariah agar tidak bercanggah dengan hukum syara`.

Soalan 4:

Apakah hukum seorang Islam yang mengambil Insuran dari syarikat Insuran konvensional dan bukan dengan Takaful ?

2) Adakah produk Insuran Islam di syarikat Insuran konvensional mengikut syarak?

3) Perbezaan Insuran Takaful dan Konvensional ?

Jawapan:

1) Adalah menjadi kewajiban setiap muslim untuk memilih Takaful kerana urusniaganya menepati hukum syara` dan sentiasa dikawal selia oleh penasihat syariah yang pakar dalam bidang muamalah Islamiah.

2) Produk Insuran Islam di syarikat konvensional adalah mengikut syara` kerana mempunyai penasihat syariahnya sendiri.

3) Takaful adalah berkonsepkan ta`awun (tolong-menolong) dan tabaru` (menderma) manakala insuran konvensional adalah berasaskan perniagaan yang samar -samar barang dagangannya. Urus niaga seperti ini ditegah dalam Islam.

Soalan 5:

Apakah ada syarikat Insuran di Malaysia yang menawarkan produk yang diluluskan oleh syariah?

Jawapan:

Ada dua syarikat Insuran berunsurkan Islam telah beroperasi di Malaysia iaitu :

a) Takaful Nasional Nasional

b) Takaful Malaysia

c) Takaful Ikhlas

Ketiga-tiga Takaful di atas hanya berniagakan produk yang lulus pada hukum syarak

Soalan 6:

Apakah hukum berurusan dengan Amanah Saham Nasional (ASN) ?

Jawapan:

Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan bagi membiak ,mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam dinegara ini yang bermuamalah atas jalan. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah harus sepertimana nas yang terdapat di dalam kitab. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya Islam dinegara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap dharurat yang dimaksudkan itu ialah dari aspek ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.

“ Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya halal”

Soalan 7:

Mohon pandangan tentang perlaksanaan Skim Takaful bantuan bencana alam dan fakir miskin ?

Jawapan:

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada 26 Safar 1423 bersamaan 9 Mei 2002 buat kali 155 berpandangan bahawa cadangan perlaksanaan skimTakaful bagi bantuan bencana alam dan fakir miskin adalah tidak bertentangan dan tidak bercanggah dengan hukum islam berdasarkan kaedah

Telah disemak oleh Pegawai Istinbat pada 14/1/05

Di petik dari http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/insuran.htm