Ahad, 27 Disember 2009

Berjalan Sebelum Balik

Hatiku dikampung...segala jasad dan hati kini berada dikampung tercinta.Selesai tugas aku balik kampung pada 4.12.2009. Tapi sebenarnya aku tak balik kampung terus, aku singgah di Klang (Umah kawan baik aku Raja). Disana selama 3 hari aku melepak, tapi bukan lepak saja aku ada misi sebenarya. Misi aku untuk beli barang hantaran kawin aku nanti, maklumlah hujung tahun musim sale. Aku dah plan awal ngan tunang tersayang untuk abiskan duit beli barang hantaran. Akhirnya kami berjaya menjelajah di Sogo dan Midvalley, boleh tahan jugak penjelajahan kami. Semua tempat dimasuki untuk memastikan barang yang dihajati dapat dibeli.

Aku ni cerewet sikit bab nak membeli barang, maklumlah bukan senang nak cari duit nak membeli barang-barang berharga dan disenangi nih. Tunang aku bukan jenis memilih sangat, apapun bersyukur pada Nya kerana semua hajat dan perancangan dipermudahkan.

Sebelum tu sempat aku keluar dengan Raja ke Sunway..(betul ke eja camni hehehe), aku rembat kasut Asic Tiger Onitsuka...melayang rm35 fuh!!. Aku beli kaki baru ni bukan apa, kasut Converse yang aku pakai 4 tahun ni nampak uzur sangat rasanya.


Apa yang aku membebel ni, sambung balik penjalanan aku sebelum sampai kampung. Aku singgah di Jerantut setelah semua kerja membeli selesai. Di Jerantut, aku cuba pakaian pengantin dan ternampak lah aku gaya pendekar. Di sana aku tinggal dengan Nudin kat sekolah SMK Damak...(dalam hutan belentara), apapun bersyukur kerana ada kawan di sana. Dalam 2 hari aku disana dan pada 11.12.2009, aku dan Nudin berlari balik ke Kelantan.

Seronok sampai di tempat jatuh bangun kita, bermula lah kehidupan aku dikampung tercinta...Kampung Kemubu.



Megat: kat umah tak dop intenet nih, tak boleh aktif sepenuhnya.

Rabu, 2 Disember 2009

aku yang guna Bio Oil..


Pakar penjagaan kulit untuk:

1. Parut

2. Bekas kulit teregang

3. Ketidakseragaman warna kulit

4. Penuaan kulit

5. Kulit kering

Keistimewaan bio oil

1. Hasil yang terbukti secara klinikal

2. Vitamin A dan E

3. Minyak Kalendula, Lavender, Rosemary dan Kamomil

4. Tidak berminyak dan penyerapan yang cepat

5. Sesuai untuk kulit yang sensitive

6. Tiada pengawet

7. Halal

MINYAK pati memainkan peranan yang semakin penting dalam amalan penjagaan kecantikan kulit untuk wanita yang ingin memiliki kulit cantik dan wajah tanpa cela.

Malah, lelaki zaman kini turut mementingkan paras rupa dan berusaha untuk memberikan penampilan terbaik dengan bantuan produk penjagaan kulit.

Antaranya adalah penggunaan Bio-Oil, minyak pati serba guna, yang membantu untuk mengurangkan kesan parut.

Bio-Oil bukan saja dinobatkan sebagai produk parut dan kesan regangan nombor satu, tetapi produk penjagaan badan nombor satu di United Kingdom.


Megat: Aku paparkan maklumat tentang Bio Oil ni bukan aku nak iklankannye, jangan salah anggap cuma nak kongsi pengalaman. Penggunaan Bio Oil ni aku dapat tau dari Puad, dia memang pakar penjagaan muka untuk lelaki. Kebetulan muka aku yang berparut jerawat ni nak lah aku mencuba produk Bio Oil ni mana lah tau bleh hilangkan.

Aku beli Bio Oil kat farmasi di sibu, harga dia letak boleh tahan gak rm55, aku tawar harga bolehlah harga rm50. Sekarang hampir 1 bulan aku pakai produk ni dan hasilnya memuaskan juga. Masih banyak lagi baki yang ada, jadi aku nak habiskan dan nak tengok apakah hasilnya.

Adakah hasil yang aku perolehi sepertimana yang dikatakan dalam iklan Bio Oil, jika tidak hanya omong kosong je lah. Tapi aku tak boleh anggap negatif juga, mungkin ia memerlukan masa.Apapun biar muka berparut asalkan dihati jangan, lagipun muka dah sempurna dan kita seharusnya bersyukur kurniaan Ilahi.


Pelbagai langkah dan cara telah diambil oleh pihak berkuasa bagi mengatasi gejala perokok. Banyak artikel yang memaparkan tentang keburukan dan bahayanya rokok. Banyak yang boleh kita dapati dan cari tentang artikel berkaitan rokok. Hanya petik dalam internet atau baca dimana-mana akhbar atau majalah pasti tersedia pelbagai kaitan tentang ROKOK.

Hari ini dalam akhbar mengatakan tahun depan hanya rokok 20 batang sahaja boleh dijual. Nampak gaya tahun depan kene beli banyak2 rokok 14 batang buat simpanan.Jika diingati dahulunya ada rokok 7 batang dan 10 batang harganya mampu milik oleh sesiapa. Semua itu telah dihapuskan dan hanya tinggal kenangan.
Peraturan baharu ini mungkin berupaya mengurangkan kuasa beli perokok. Namun, bagaimana dengan penjualan rokok seludup yang harganya lebih murah dan berbahaya. Di tempat aku banyak rokok seludup yang boleh didapati...contohlah Parkway, Era, Pensil, Gudang Garam dan banyak lagi yang kalau nak ditulis. Bagaimana juga peniaga yang menjual rokok batang. Rokok batang tu boleh didapati dikedai-kedai makan dan kedai runcit yang harga sebatangnya 60 atau 70 sen untuk rokok Dunhill.

Jika masalah ini gagal diatasi, usaha pihak berkuasa hanya sia-sia sahaja. Pelbagai perubahan dan peraturan telah diperkenalkan dari mengurangkan jumlah isi rokok sehingga meletakkan gambar tentang bahayanya merokok di kotak rokok. Selain itu, keterangan tentang 4,000 bahan kimia termasuk tar, nikotina dan karbon monoksida yang membahayakan kesihatan tercatat pada kotak rokok.Di kotak rokok ada juga peringatan dilarang jual kepada orang bawah umur 18 tahun. Dalam erti kata lain, pelbagai cara dan peringatan pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini.

Namun adakah semua ini berhasil, mungkin hanya 1 peratus terlekat dihati perokok atau tidak sedikitpun diendahkan oleh perokok. Lihat sahaja kempen TAK NAK....jawabnya perokok tak nak dengar jadinya.hehehehe...

Entah apa aku melalut ni, padahal aku adalah perokok tapi aku hanya menulis pada kebenaran sahaja. Melalui pemerhatian dan pengalaman sahaja. Apapun usaha untuk membanteras gejala rokok ini harus disokong samada kita perokok atau tidak namun ia pasti disokong dan cuba untuk mendengar. Hal ini kerana, sudah terbukti merokok bukan memberi kesan dan kebaikan, malah lebih kepada keburukan.

Usaha pihak kerajaan harus dipuji dan disokong, tekadkan dalam hati kita untuk memberi dan menerima usaha tersebut.



KUALA LUMPUR 1 Dis. - Mulai Jun tahun depan hanya rokok dalam pek 20 batang sahaja yang boleh dijual di pasaran.

Ini ekoran langkah Kementerian Kesihatan yang akan menguatkuasakan larangan pengilangan dan penjualan paket rokok kurang dari 20 batang bermula 1 Jun 2010.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan kerajaan itu telah dipersetujui semua syarikat rokok di negara ini dan rayuan mengenainya tidak akan dilayan.

"Pihak syarikat rokok diberi masa tujuh bulan bermula hari ini hingga 31 Mei 2010 untuk menghabiskan bekalan paket rokok yang mengandungi kurang daripada 20 batang rokok di pasaran," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, larangan pengilangan dan penjualan rokok yang mengandungi kurang 20 batang itu sebenarnya telah diwartakan pada 23 September 2004 melalui Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

"Bagaimanapun penguatkuasaan terhadap larangan itu telah ditangguhkan selama enam tahun selepas kerajaan mempertimbangkan rayuan daripada syarikat-syarikat rokok,'' katanya.

Beliau berkata, langkah larangan penjualan paket rokok itu selaras dengan peruntukan Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC), Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), di mana Malaysia merupakan ahlinya sejak 2005.

''FCTC menyarankan agar penjualan rokok dalam kotak bersaiz kecil dihentikan kerana ia mampu dibeli oleh kanak-kanak, sekali gus menjurus mereka kepada tabiat merokok," ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa tabiat merokok adalah merugikan dari segi kesihatan dan juga kewangan.

"Asap rokok terbukti mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia yang merosakkan kesihatan serta boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit kanser," katanya.

Jelas Tiong Lai, perkara itu juga merupakan pelengkap kepada usaha yang sedang dan telah dijalankan oleh kerajaan bagi melindungi rakyat negara ini daripada bahaya merokok.

"Sehubungan itu dengan penguatkuasaan sepenuhnya larangan itu bermula 1 Jan 2010, sesiapa yang didapati bersalah melanggar Peraturan 9 dan 16, PPKHT 2004 akan didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun," tegas beliau.