
Jumlah kedatangan pelancong ke Kelantan meningkat kepada 699,578 orang pada Januari hingga September 2008 iaitu peningkatan 30,000 orang berbanding 667,205 orang pada tempoh sama tahun 2007.
"Daripada jumlah itu, 67,000 adalah pelancong asing yang tertarik keunikan negeri ini terutama makanan, kraf tangan dan keindahan alam," katanya.
Megat: tidak terfikirkah anda, kenapa Kelantan yang dianggap negeri yang miskin dan mundur masih dan tetap menjadi pilihan pelancong asing. Bangga menjadi sebilangan rakyat Kelantan.
Petikan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm
Label: berita negeri kawe 0 ulasan


Hujan adalah anugerah Tuhan yang tidak terhingga. Hadiah yang dipinjam ini membantu dunia berkembang dan subur hingga memberikan rezeki kepada semua makhluk dunia.
Bagaimana pembentukan hujan kekal sebagai misteri besar untuk beberapa lama. Hanya setelah penciptaan radar cuaca barulah peringkat-peringkat pembentukan hujan dapat di ketahui.
Berdasarkan hal ini, pembentukan hujan terjadi dalam 3 peringkat. Pertama, bahan asas dalam hujan naik ke udara melalui tiupan angin. Kemudian, awan pun terbentuk dan akhirnya titisan hujan pun timbul.
Penilaian Al-Qur’an mengenai formasi hujan merujuk secara tepat kepada proses ini. Dalam sepotong ayat, pembentukan ini diterangkan sebagai berikut.
“Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)
Suatu yang harus diingat bahawa pakar meteorologi hanya mengetahui maklumat terperinci pembentukan hujan, struktur dan fungsinya hanya di akhir-akhir ini dan melalui peralatan canggih seperti kapal terbang, satelit, computer dan lain-lain. Ianya adalah bukti bahawa Tuhan telah memberikan kita cebisan maklumat yang tidak diketahui 1400 tahun dahulu.
Namun disebalik anugerah tersebut ada juga ujian yang diberi oleh Nya. Setiap masalah yang diberi mesti ada jalan penyelesaiannya. Setiap tahun kita pasti mendengar masalah banjir. Malah bandar -bandar besar jua tidak dapat lari dari maalah ini..yang dipanggil banjir kilat.
Musim banjir pada hujung tahun pasti akan menimpa negeri-negeri pantai timur dan jiran yang hampir...Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis, Pulai Pinang, Pahang dan Perak akan mengalami masalah banjir. Kebimbangan ini juga ditambah dengan masalah H1N1 yang masih belum reda. Deman selsema mungkin menyebabkan ia lebih serius..
malah penyakit taun seperti di Terengganu juga merebak dengan mudah.
Sememangnya banjir memberi masalah, aku terpanggil untuk menulis bila melihat calon-calon SPM mengharungi banjir dan hujan untuk berjuang menghadapi penentu masa depan mereka. Cabaran dan dugaan itu telah aku alami ketika menduduki SPM, kami harungi hujan yang lebat, jalan yang banjir dan berselut, jambatan runtuh, kesesakan jalan raya dan pelbagai masalah yang kami hadapi ketika itu...syukur kami berjaya harungi semua itu.
Memandang suasana banjir membuatkan fikiran mengalamun seketika, rindukan suasana keriangan bersama rakan-rakan. Kini dialam dewasa hanya memandang dari sudut jauh sahaja. Apapun ujian yang diberi oleh Nya perlu diterima dengan redha dan anggap ia sebagai cabaran keimanan dari Nya. Alhamdulilah rumah dan kampung aku jauh dari bencana banjir.
Megat: bila hujan turun siap sedia nak mandi hujan..


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..
Hari kesyukuran dengan manusia menuju ke bumi penuh kerahmatan dunia Mekkah..menenunaikan ibadah haji yang menjadi idaman setiap insan yang beriman.
Setiap tahun tidak pernah sekali pun aku terlepas dari beraya di rumah, kali ini pengalaman pertama beraya ditempat orang datang juga akhirnya. Disebabkan tugas, aku sanggup bekorban. Pengorbanan kecil aku ini tidak segah mana jika dibandingkan dengan mereka yang menjaga negara dan mereka yang mencari rezeki diluar sana.
Hari raya haji pada sesetengah negeri dianggap kurang meriah berbanding dengan hari raya aidil fitri. Namun dinegeri Kelate ia merupakan satu perayaan yang berbeza dengan negeri lain. Bukan apa sangat, tempoh 3 hari dibenarkan melakukan korban disitulah terletak kemeriahannya. Penduduk kampung bekerjasama , tolong menolong dan mengadakan majlis makan..masak daging yang segar membuatkan selera makan terbuka..daging bakar, daging masak kicap, sup tulang (kesukaan nih) adoi lah..mahu terkeluar ayaq liuq nih. Apapun itulah yang membuatkan kemeriahan terasa di Kelate bila mengadakan majlis makan dengan kehadiran tetamu.
Pada setiap tahun, hari raya ketiga rumah aku akan mengadakan korban, satu ekor lembu memadai untuk kami. Walaupun keluarga kami kecil namun tuntutan ibadah korban tidak menjadi halangan. Kebiasannya akulah yang sibuk membantu keluaraga, maklumlah siapa lagi yang ada dalam keluarga aku..tolong angkat daging, tolong beli itu ini, tolong membahagikan daging korban...macam-macam tolong lah kiranya. Namun kali ini mungkin semua itu tidak dapat aku lakukan.
Apapun dimana anda berada, perayaan dan kesyukuran menyambut hari raya dengan penuh aman dan selamat perlu disyukuri.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..
Megat: melepas makan sup tulang...hehehe
Label: berita negeri kawe 0 ulasan
Adui lah..apa yg aku rasa akhirnya terjadi. Aku rasa cam Kelate nak kalah je..tapi lebih nak kpd menang. Mungkin Kelate terlalu yakin dapat mengalahkan Negeri Sembilan..semua penyokong memberi jutaan harapan agara The Red Warrior dpt membawa pulang Piala Malaysia, namun hasrat selama 40 tahun masih belum tertunai juga. Dari semua aspek memang melihat Kelate boleh menang, tapi malam final tidak menunjukkan kehebatan Kelate yang sebenar. Semua pemain tidak menunjukkan prestasi yang sebenar, mungkin disebabkan tekanan atau terlalu yakin..
Kelate mmg unik tidak kira dari segi negeri dna penduduknya. Kelate diperintah oleh pentadbiran yang berbeza dengan pusat. Bukan sokongan bola yang fanatik sahaj mendapat sokongan yang luar biasa, tetapi bila menjelang pilihan raya para penyokong dari Kelate tetap memberi sokongan dan memeriahkan suasana.
Memang tidak dinafikan para penyokong Kelate terlalu agresif, lebih-lebih lagi jika mengalami kekalahan..aku cukup mengenali dan memahami. Sudah berapa kali aku menjenguk di stadium dan mengalami suasana kekalahan..para penyokong sayangkan pasukan dan negeri. Mereka dahagakan kemenangan...tidak sanggup melihat Sang Kijang tumpas. Begitu lah aku, siapa tidak kecewa melihat pasukan kesayangan kalah sedangkan kami boleh menang. Untuk melepaskan kekecewaan..keganasan yang dipilih. Memang itu tindakan yang tidak patut dilakukan, namun sifat manusia bila apa yang mereka impikan tidak dapat mereka akan kecewa dan melepaskan kekecewaan itu.
Apa pun marilah kita berdoa dan terus memberi sokongan kepada The Red Warrior, mungkin tahun ini bukan tahun kita namun kita patut rasa bangga dan gembira dengan kegagahan sang Kijang sudah melangkah jauh...
Gomo Kelate Gomo..
Megat: Jersi Kelate kawe nak guna pulok tahun depe..
Label: berita negeri kawe 0 ulasan

4O Tahun menunggu..akhirnya tiba lah saatnya The Red Worior membawa Piala Malaysia ke negeri Kelantan. Aku pernah ingat ketika Kelantan lawan Kedah di Stadium Muhammad IV..masa tu separuh akhir. Mungkin Kelate tak bernasib baik kerana gagal layak ke akhir. Kalah dengan Kedah bermakna berlaku lah rusuhan..pelbagai cerita aku dengar dari orang kg aku, aku masa tuh tak dapat pegi sebab kecik lagi….hehehehe. Ada yang kene tangkap, ada yg melarikan diri dari polis, ada yg tersangkut perut kt motor (arwah Pok Him)…hehehe
Sekarang Kelate layak ke akhir, tapi aku hanya mampu melihat di kaca tv je…adoi lah rasa nak terbang balik tgok bola akhir nih..bukan pe 40 tahun tuh hehehe entah bila lak. Aku ada gak lah tgok2 tiket hujung minggu nih…siot tol mahal gile. Tak ngapoh balik ore kato…
Apo pun sebagai ore Kelate, ambo berdoa Kelate menang lawan N9 nih…dengan jaringan Kelate 3 dan N.Sembilan 1 hehehe…InsyAllah. Sama- samalah kita berdoa kejayaan Kelate.
Macam biasa….Gomo Kelate Gomo.
Megat: baru beli jersi Kelate..hehehe
Label: berita negeri kawe 0 ulasan
sukan@utusan.com.my
![]() |
| PEMAIN Perlis, Mohd. Syazwan Zainol (kanan) dihalang pemain Kelantan, Mohd. Farisham Ismail pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Utama Negeri, Kangar semalam. – MINGGUAN/Faizal Abu Hassan |
KUALA LUMPUR – Kelantan menempa sejarah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun apabila menewaskan Perlis 3-1 di separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam tadi.
Selepas mencatat kemenangan 2-0 pada separuh akhir pertama di tempat sendiri, Selasa lalu, Kelantan tidak bermain secara bertahan sebaliknya tenang sepanjang perlawanan untuk mara menerusi agregat 5-1.
Mohd. Norfarhan Mohamad muncul wira Kelantan semalam apabila melakukan hatrik di Kangar menerusi jaringan pada minit ke-26, 53 dan 87.
Perlis yang bermain agak tertekan dan kelihatan serba tidak menjadi sepanjang perlawanan memperoleh gol saguhati menerusi Mohd. Firdaus Fauzi pada minit ke-70.
Jurulatih Kelantan, B. Sathiananthan berkata, kejayaan pasukannya adalah kerana berjaya melakukan serangan balas pantas.
“Seperti dijangka, kami sedar Perlis akan mengasak tetapi kelebihan kami ialah ketika melakukan serangan balas pantas dan itulah caranya ketiga-tiga gol kami dihasilkan,” katanya.
Jurulatih Perlis, Irfan Bakti pula mengakui Kelantan layak menang walaupun tanpa Indra Putra Mahyuddin yang digantung satu perlawanan.
“Kesilapan kami ialah melepaskan dua gol awal menyebabkan pemain mula tertekan. Jelas Perlis tidak bermain sebaik seperti di Kota Bharu,” tegasnya.
Kali terakhir Kelantan mara ke final ialah pada 1970 tetapi tewas kepada Perak.
Lawan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 November ini adalah Negeri Sembilan yang menewaskan Terengganu 3-1 dalam satu lagi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Dengan kemenangan itu, Negeri Sembilan mara menerusi agregat 4-1 selepas menang 1-0 di tempat sendiri, Selasa lalu.
Gol-gol Negeri Sembilan di Kuala Terengganu semalam dijaringkan Zaquan Adha Razak (m-10, 18) dan Hairuddin Omar (m-45).
Manakala gol tunggal Terengganu dijaringkan Khairul Izwan Khalid pada minit ke-35.
Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, gol awal yang diperoleh menjadi faktor utama kejayaan pasukannya.
“Kelebihan kami kerana menjaringkan gol awal dan itu memberi keyakinan kepada pemain untuk mengharungi perlawanan dengan baik,” katanya.
Bagi jurulatih Terengganu, Ken Worden, Negeri Sembilan memang berhak menang kerana bermain lebih baik.
“Di pihak kami, ketiadaan ketua pasukan, Marzuki Yusof yang digantung satu perlawanan mencacatkan kekuatan keseluruhan kami yang terpaksa mengharapkan kepada pemain muda,” tegasnya.
Label: berita negeri kawe 0 ulasan

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berharap agar persatuan bola sepak negeri dapat menyelesaikan masalah isu penarikan persatuan bola sepak di beberapa negeri di seluruh Malaysia secara muafakat.
Kesemua persatuan perlu mencari jalan penyelesaian bersama berikutan kebanyakan persatuan bola sepak kini sedang dilanda masalah kewangan dan ketidakupayaan pasukan untuk menyertai liga bola sepak di Malaysia musim 2010.
Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, pasukan yang sedang menghadapi masalah tersebut tidak perlu menarik diri daripada menyertai liga yang dipertandingkan.
“Saya berharap agar rakan-rakan pasukan lain menimbangkan semula hal terbabit. Banyak lagi negeri yang sedang menghadapi masalah hutang lapuk. Kalau mereka menarik diri secara tak langsung ia boleh menjejaskan industri bola sepak negara.
“Rasa macam cubit paha kiri paha kanan terasa. Jika kita dapat menyelesaikan masalah ini secara muafakat sudah tentu kita dapat memahami masalah yang dihadapi persatuan lain,” katanya.
Pihak jawatankuasa pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu menimbang semula syarat yang dikenakan kepada kesemua persatuan bola sepak negeri agar kesemua negeri di Malaysia dapat menyertai liga tahun hadapan.
“FAM perlu membezakan antara hutang lapuk dengan hutang semasa jika tidak pentadbiran baru persatuan bola sepak negeri tidak dapat mentadbir persatuan tersebut. Kafa turut dibebani hutang daripada 2002 tetapi kita masih perlu membentuk sebuah pasukan.
“Persatuan bola sepak merupakan sebuah badan sukarela dan FAM perlu pertimbangkannya semula. Kita perlu berbincang cara penyelesaian dan bantu mana-mana negeri yang bermasalah,” katanya.
Pelbagai kesulitan timbul dan ia menjejaskan perkembangan semasa bola sepak negara. Kesemua persatuan perlu diberi peluang kerana bola sepak merupakan sukan nombor satu negara.
Menurutnya, 2010 tentunya demam bola sepak bakal melanda dan ia merupakan tahun yang terbaik untuk menarik minat masyarakat terhadap sukan bola sepak. Dalam perancangan Kafa, beberapa program akan dijalankan setelah tamat Piala Malaysia musim ini.
Kelantan mensasarkan untuk membentuk sebuah pasukan terkuat mulai tahun hadapan dan sasaran telah ditetapkan agar menjuarai tiga piala pada musim hadapan.
“Kelantan berada di landasan yang betul dan tahun depan cita-cita Kelantan untuk menjadi sebuah pasukan juara dan kini Red Warrior’s dalam proses pembentukan semula pasukan Kelantan.
“Saya akan umumkan barisan pemain Kelantan yang baru sebelum tamat Piala Malaysia bagi sesi 2009,” katanya.
Megat: Kelate pasti jadi juara ..tak sabar nak tengok piala Malaysia di Kelate weh hehehe..
Label: berita negeri kawe 0 ulasan

