Ahad, 29 November 2009

Tidak beku guru...guru yang beku..??

BATU PAHAT: Kementerian Pelajaran tidak mempunyai ‘peti sejuk’ untuk guru yang tidak mampu lagi memberi komitmen sepenuhnya terhadap profesion perguruan, sebaliknya akan menggunakan beberapa pendekatan baru bagi memastikan mereka kembali menjadi warga pendidik sebenar.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata tindakan membekukan guru terbabit bukan langkah berkesan kerana masih ada cara lebih sesuai untuk mereka menghayati tanggungjawab sebenarnya.

Katanya, beliau percaya perubahan sikap guru terbabit berlaku akibat beberapa faktor, antaranya masalah keluarga atau persekitaran tempat mengajar yang tidak memenuhi kehendak mereka.

“Apabila gagal menangani masalah itu, semangat guru terbabit untuk mengajar semakin pudar sehingga mendorong mereka melakukan kerja sampingan yang akhirnya membuatkan perhatian terhadap tugas hakiki mengajar murid diabaikan.


“Kita harus memberi latihan baru atau tambahan serta memberi semangat baru supaya mereka lebih gigih melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa.

“Kita juga harus mengkaji keadaan persekitaran tempat mereka mengajar yang mungkin mempengaruhi kemerosotan prestasi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Korban Perdana Umno Bahagian Batu Pahat di Kampung Linau Kecil, Bukit Pasir, di sini, semalam.

Sebanyak 15 lembu dikorbankan pada majlis itu dan dagingnya diserahkan kepada semua Umno Cawangan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan terbabit.

Mohd Puad berkata, beliau menerima banyak cadangan selepas kenyataannya mengenai ‘guru semberono’ itu disiarkan akhbar baru-baru ini.

Antaranya, ada yang mencadangkan supaya guru bermasalah ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah atau negeri supaya lebih mudah pegawai kanan pejabat pelajaran memantau, mengawasi serta membimbing guru berprestasi rendah itu.

Katanya, Kementerian Pelajaran mengambil perhatian terhadap setiap cadangan yang dikemukakan dan akan mengkaji sama ada ia sesuai dilaksanakan atau tidak.

“Itu satu cadangan baik (menempatkan guru bermasalah di pejabat), tetapi kita harus membuat kajian dengan teliti terlebih dulu kerana tidak mahu nanti apabila guru itu diarah melakukan tugas pejabat, orang akan menganggap kita menyejuk bekukan guru terbabit.

“Tindakan itu mungkin hanya boleh diambil sebagai tindakan terakhir, kerana pertukaran daripada tugas mengajar kepada tugas pejabat itu sebenarnya membabitkan banyak urusan, antaranya mengisi perjawatan serta masalah untuk mendapatkan guru gantian bagi mengisi kekosongan yang mereka tinggalkan,” katanya.

Megat: jangan salahkan guru sepenuhnya, lihatlah kami dan rasai ditempat kami dahulu.

Sabtu, 28 November 2009

2012...khayalan atau realiti?



Filem yang diterbitkan oleh orang luar sememangya boleh dikatakan sebagai "superb". Bukan nak memuji atau menyokong, tetapi memadai dengan kualiti persembahan yang dipamerkan. Aku telah menonton satu cerita yang berkaitan dengan kemusnahan bumi...filem 2012. Menonton bersama-sama Fendi dan Hendi di Sibu, bertolak pukul 8.30 malam hingga balik pakul 3.30 pagi...(kije gile)

Cerita 2012 mengisah dunia mengalami kemusnahan seakan digambarkan oleh orang barat sebagai "hari kiamat". Manusia ingin menyelamatkan diri, pelbagai cara dilakukan untuk selamatkan nyawa. Dalam cerita, mereka yang mempunyai wang boleh menyelamatkan diri dengan berlindung di dalam kapal penyelamat yang bila entah dibinanya.

Lagak Amerika Syarikat sebagai penyelamat dunia tertonjol kembali, menerapkan nilai kepada penonton bahawa Amerika Syarikat sahaja yang mampun menolong negara lain. Semua negara tunduk dan percaya kepada keputusan Amerika. Walhal kita sedar Amerika pengganas utama dunia..berapa buah negara yang dimusnahkan berapa orang yang tidak bersalah dipenjarakan. Amerika terus angkuh duduk dibumi Tuhan ini.

Dari sudut positif, sememangnya memberi keinsafan dan kesedaran kepada yang melihat menggunakan akan fikiran dan iman. Kemungkinan gambaran cerita 2012 itu akan terjadi nanti. Manusia berkeliaran melarikan diri menyelamatkan diri bak kalkatu keluar dari sarang persembunyian. Anak kecil yang disusu ibu terlepas dari dakapan..bukit bukau yang lama terpacak hancur sekelip mata..bangunan yang gah dibina rebah kebumi..takut membayangkan semua itu.

Oleh itu, kita sebagai manusia yang beriman harus mempercayai tentang hari kiamat.Nabi Muhammad S.A.W telah berpesan kepada kita semua..dan telah jelas dalam rukun iman ada tentang percaya kepada hari akhirat. Malah kandungan Al-Quran juga ada menyebut tentang perkhbaran ini. Sesungguhnya Allah S.W.T mengkhbarkan kepada kita untuk kita lebih bersedia menghadapinya.

Apapun baik buruk sebuah cerita bukannya hendak dipentingkan dalam penulisan ini. Tujuan bukan mengkritik semata-mata, tetapi ingin berkongsi keinsafan dan pengajaran.

Megat: amalan belum mengcukupi untuk menghadapi Nya..

Kalendar kaum Mayan meramalkan kiamat berlaku pada 2012 dan seluruh dunia kini berbicara mengenainya. Apakah bentuk-bentuk kemusnahan yang mungkin boleh terjadi pada dunia?

RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.

Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.

Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Filem berkisar mengenainya '2012' bakal ditayangkan di pawagam esok. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.

RUPA salah satu asteroid yang terapung di angkasa.

Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.

Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.

Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.


AIS yang mencair boleh menyebabkan banjir besar di bumi.

Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.

Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.

Hentaman objek

"Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.

"Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroid cuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu. Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa.

"Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya.

Menurut Zamri, berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.

"Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada 2036.

"Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kata Zamri.

Perlanggaran galaksi

Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku.

ZAMRI menunjukkan satu gambar permukaan bulan terbaru yang teruk dihentam objek terapung di angkasa seperti asteroid dan komet.

"Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya.

Bagaimanapun Zamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya.

PERBUATAN manusia menjadi salah satu punca berlakunya bencana alam. – Gambar hiasan. (KANAN) Hampir setiap hari, ada asteroid yang cuba menghampiri bumi.

Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya.


"Plat-plat itu kini bergerak lebih pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami. Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya. Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun.

Fenomena alam berangkai

Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut.

"Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya ketika dihubungi.

Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat.

"Gempa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya.

Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan.

"Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012.

Terma Kosmofobia

Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'.

"Semakin manusia mengenali angkasa lepas, manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky Way.

"Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam semesta," ujarnya.

rupa2nya dah banyak kali diorang ramal.





Persatuan Ikhwanul Muslimin mengadakan satu majlis pada 15/11/2009 (khamis). Majlis tersebut diadakan dirumah cikgu Zaki. Majlis ini diadakan bertujuaan menghargai beberapa orang guru yang akan berpindah antaranya Kak Yani Perak), Wassana (Kedah), Abe Yie (Terengganu), Maliana (Sabah) dan Norshah (Miri) serta sebagai salah satu aktiviti persatuan.

Selain itu, kedatangan guru baru turut disambut antaranya Mamat (Terengganu), Mat Lie (Kelantan) dan Safarina (Kedah). Kedatangan mereka ke Kanowit sangat dialukan bagi mengantikan guru-guru yang berpindah.

Kehadiran ahli persatuan dilihat kurang memuaskan, rata-rata yang hadir terdiri daripada muka yang sama sahaja. Hal ini dilihat kurangnya sambutan dan komitmen ahli dalam perkembangan dan kegiatan PIM. Jika melihat pada mata kasar, aktiviti PIM lebih kepada majlis makan sahaja. Namun jangan memandang kepada negatif semata-mata, kewujudan PIM secara tidak langsung merapatkan hubungan guru-guru semenanjung..terima kasih kepada mereka yang menubuhkan PIM.

Walaubagaimanapun, PIM memerlukan perubahan yang drastik dan lebih kehadapan agar dimata ahli ia melihat PIM merupakan satu persatuan yang berwibawa dan berperanan membantu ahli. Ahli-ahli PIM mesti duduk semeja untuk berbincang bersama-sama membawa PIM ketahap yang membanggakan dan bukanya sekadar bercakap dibelakang sahaja. Setiap ahli PIM perlu rasa tanggungjawab dan sayangkan persatuan ini. Jangan sekadar menjadi ahli tidur, bila terjaga nampak kesalahan orang lain.

Aku berharap, agar PIM terus maju dan kekal. Kedatangan guru yang silih berganti serta kemimpinan yang baru diharap memberi sinar kepada PIM. InsyAllah ...


Megat: aku tetap aktif bersama-sama PIM


'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Ramai ummat Islam yang mampu melakukan korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.

Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam IsyaAllah akan wujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara pemimpin dengan rakyat biasa.

Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertolongan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang.

Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:

Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".

Justeru, perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha,pasti akan ada kejayaan dan kegembiraan yang kita perolehi.
Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakannya walaupun sekali seumur hidup.

Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya:

"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai munafaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)


Sungguh besar manfaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji. Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak.

Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.

Aku berdoa kepada Allah s.w.t. semoga diampunkan segala dosa-dosa aku selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin aku telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan

Megat: InsyAllah, suatu masa nanti aku akan pergi ke Mekkah...usia 43 tahun.

Khamis, 26 November 2009

Hujan dan banjir ..kenangan lama tiba



Hujan adalah anugerah Tuhan yang tidak terhingga. Hadiah yang dipinjam ini membantu dunia berkembang dan subur hingga memberikan rezeki kepada semua makhluk dunia.

Bagaimana pembentukan hujan kekal sebagai misteri besar untuk beberapa lama. Hanya setelah penciptaan radar cuaca barulah peringkat-peringkat pembentukan hujan dapat di ketahui.

Berdasarkan hal ini, pembentukan hujan terjadi dalam 3 peringkat. Pertama, bahan asas dalam hujan naik ke udara melalui tiupan angin. Kemudian, awan pun terbentuk dan akhirnya titisan hujan pun timbul.

Penilaian Al-Qur’an mengenai formasi hujan merujuk secara tepat kepada proses ini. Dalam sepotong ayat, pembentukan ini diterangkan sebagai berikut.

“Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)

Suatu yang harus diingat bahawa pakar meteorologi hanya mengetahui maklumat terperinci pembentukan hujan, struktur dan fungsinya hanya di akhir-akhir ini dan melalui peralatan canggih seperti kapal terbang, satelit, computer dan lain-lain. Ianya adalah bukti bahawa Tuhan telah memberikan kita cebisan maklumat yang tidak diketahui 1400 tahun dahulu.

Namun disebalik anugerah tersebut ada juga ujian yang diberi oleh Nya. Setiap masalah yang diberi mesti ada jalan penyelesaiannya. Setiap tahun kita pasti mendengar masalah banjir. Malah bandar -bandar besar jua tidak dapat lari dari maalah ini..yang dipanggil banjir kilat.

Musim banjir pada hujung tahun pasti akan menimpa negeri-negeri pantai timur dan jiran yang hampir...Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis, Pulai Pinang, Pahang dan Perak akan mengalami masalah banjir. Kebimbangan ini juga ditambah dengan masalah H1N1 yang masih belum reda. Deman selsema mungkin menyebabkan ia lebih serius..
malah penyakit taun seperti di Terengganu juga merebak dengan mudah.

Sememangnya banjir memberi masalah, aku terpanggil untuk menulis bila melihat calon-calon SPM mengharungi banjir dan hujan untuk berjuang menghadapi penentu masa depan mereka. Cabaran dan dugaan itu telah aku alami ketika menduduki SPM, kami harungi hujan yang lebat, jalan yang banjir dan berselut, jambatan runtuh, kesesakan jalan raya dan pelbagai masalah yang kami hadapi ketika itu...syukur kami berjaya harungi semua itu.

Memandang suasana banjir membuatkan fikiran mengalamun seketika, rindukan suasana keriangan bersama rakan-rakan. Kini dialam dewasa hanya memandang dari sudut jauh sahaja. Apapun ujian yang diberi oleh Nya perlu diterima dengan redha dan anggap ia sebagai cabaran keimanan dari Nya. Alhamdulilah rumah dan kampung aku jauh dari bencana banjir.

Megat: bila hujan turun siap sedia nak mandi hujan..

PUTRAJAYA: “Seorang guru mesti sanggup kerja lebih daripada biasa, bila diarahkan guru besar atau pengetua jangan kata tidak boleh atau tidak tahu, sebaliknya lakukan apa yang diarahkan“.

Demikian nasihat Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom kepada graduan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) j-QAF; Kursus Lepasan Ijazah Kursus Dalam Cuti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (KDC SBK) dan Kursus Diploma Pergurusan Malaysia Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (KDPM LPBS) pada konvokesysen berpusat keempat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di sini, semalam.

Beliau berkata, seorang guru juga perlu mempunyai sikap mengejar kerja, bukan menolak kerja dengan memberikan pelbagai alasan kerana kebanyakan tugasan atau kerja yang diberikan guru besar atau pengetua membolehkan mereka menimba lebih banyak ilmu.

“Ketika saya menjadi guru dulu, saya tekad nak mendapatkan seberapa banyak pengalaman dan sentiasa meminta jawatan daripada pengetua dan guru besar.

“Saya memegang banyak jawatan termasuk guru kaunselor, setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru disiplin dan sebagainya, jadi saya dapat merasai semua jawatan penting di sekolah,” katanya.

Alimuddin berkata, apabila seorang guru sudah memegang banyak jawatan penting, mereka mempunyai lebih banyak pengalaman, dan ia boleh digunakan pada masa depan.

“Apabila saya dilantik sebagai penolong kanan dan pengetua, saya dapat memahami apa yang dirasai guru kerana saya pernah memegang jawatan atau melakukan kerja terbabit.

“Jadi, jangan sesekali menolak tugas yang diberikan pengetua atau guru besar. Ia bukan beban, tetapi banyak pengalaman yang tidak ternilai harganya,” katanya.



Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..
Hari kesyukuran dengan manusia menuju ke bumi penuh kerahmatan dunia Mekkah..menenunaikan ibadah haji yang menjadi idaman setiap insan yang beriman.

Setiap tahun tidak pernah sekali pun aku terlepas dari beraya di rumah, kali ini pengalaman pertama beraya ditempat orang datang juga akhirnya. Disebabkan tugas, aku sanggup bekorban. Pengorbanan kecil aku ini tidak segah mana jika dibandingkan dengan mereka yang menjaga negara dan mereka yang mencari rezeki diluar sana.

Hari raya haji pada sesetengah negeri dianggap kurang meriah berbanding dengan hari raya aidil fitri. Namun dinegeri Kelate ia merupakan satu perayaan yang berbeza dengan negeri lain. Bukan apa sangat, tempoh 3 hari dibenarkan melakukan korban disitulah terletak kemeriahannya. Penduduk kampung bekerjasama , tolong menolong dan mengadakan majlis makan..masak daging yang segar membuatkan selera makan terbuka..daging bakar, daging masak kicap, sup tulang (kesukaan nih) adoi lah..mahu terkeluar ayaq liuq nih. Apapun itulah yang membuatkan kemeriahan terasa di Kelate bila mengadakan majlis makan dengan kehadiran tetamu.

Pada setiap tahun, hari raya ketiga rumah aku akan mengadakan korban, satu ekor lembu memadai untuk kami. Walaupun keluarga kami kecil namun tuntutan ibadah korban tidak menjadi halangan. Kebiasannya akulah yang sibuk membantu keluaraga, maklumlah siapa lagi yang ada dalam keluarga aku..tolong angkat daging, tolong beli itu ini, tolong membahagikan daging korban...macam-macam tolong lah kiranya. Namun kali ini mungkin semua itu tidak dapat aku lakukan.

Apapun dimana anda berada, perayaan dan kesyukuran menyambut hari raya dengan penuh aman dan selamat perlu disyukuri.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..

Megat: melepas makan sup tulang...hehehe

Selasa, 24 November 2009

Dinner at RH Hotell...

Gambar ni dh lama pun...14/11/2009 saje2 nak tunjuk.Apapun mmg best makan kt sini.nanti leh bawak my fifi..hehehe






Sekarang ni aku alami masalah yang kebiasaan dialami oleh lelaki atau perempuan yang mempunyai rambut iaitu masalah kelemumur. Sebelum ini tak pernah aku alami masala ini. Hal ini boleh menyebabkan kehenseman aku terjejas hahahaa...yer lah mana tak tengok rambut ada kelemumur...tapi yang pelik kt sebelah kanan je ada masalah ini. Penyakit ni membuatkan kepala aku gatal dan ia akan menyebabkan kelemumur berguguran. Adoi rimas aku...
Apapun aku dah menyelidiki sebab dan kenapa masalah kelemumur terjadi. Cuma sekarang bagaimana nak atasi masalah ini, cukupkah dengan menggunakan syampu yang banyak dijual dipasaran. Mungkin juga dengan membotakkan kepala masalah ini dapat diatasi...oh tidak!!.
Penggunaan syampu anti kelemumur yang kerap kemungkinan boleh menyebabkan masalah ini dapat diatasi. Apapun lebih baik mencuba, dan kita dapat tengok adakah positif kesannya atau hanya ombong kosong untuk memikat pembeli seperti yang terdapat dalam iklan tv tu. Kalau masalah ini masih terjadi bermakna iklan yang dilaungkan dalam tv tu hanya kosong semata-mata..apapun situasi sekarang lebih baik mencegah dari berubat.

Megat: botak kepala lepas dapat result STPM..


Ini merupakan pengalaman pertama aku yang ditugaskan untuk menjadi pengawas peperiksaan SPM tahun 2009. Pengawas SPM tidak seperti mana pengawas PMR yang menjadi rebutan ramai para cikgu budiman. SPM dan PMR dua peperiksaan yang berbeza, PMR berlangsung ketika musim persekolahan. Jika dibandingkan dengan SPM yang diadakan ketika musim cuti persekolahan lebih-lebih lagi SPM tahun 2009 yang mengambilk tempoh yang panjang. Bayangkan bermula pada 18/11/2009 (rabu) hinggalah berakhir pada 16/12/2009 SPM tahun 2009. Hampir 1 bulan SPM diadakan, jika ditugaskan menjadi pengawas sepanjang tempoh peperiksaan (seperti Ketua Pengawas dan penolongnya) bermakna cuti sekolah hanya ada 14 hari sahaja. Mungkin hal ini lah menyebabkan tugas menjadi pengawas SPM kurang mendapat sambutan.
Mungkin juga mereka mempunya rancangan tersendiri, seperti kawan-kawan aku Zepo, Puad dan Jal yang nak mendirikan masjid. Mungkin juga yang lain nak berjumpa keluarga atau isteri atau suami. Kemungkinan juga disebabkan elaun yang ditawarkan kurang memuaskan. Jika bernasib baik ditugaskan ditempat yang jauh dapatlah membuat tuntutan yang lebih, namun jika tidak ia boleh dikatakan tidak berbaloi. Bukan memandang kepada duit atau tuntutan semata-mata, namun biarlah ia memadai dengan pengorbanan yang dilakukan.
Apapun tugas dan tanggungjawab tersebut telah aku laksanakan pada tahun ini. Bersyukur kerana ditempatkan ditempat yang jauh dan berterima kasih kepada Ketua Pengawas kerana membenarkan aku balik awal dari tarikh yang sepatutnya. Pengalaman dan pengajaran yang diperolehi akan digunakan pada hari mendatang. Terima kasih pada cikgu Tap (KP), Cikgu Henry (yang slow cakap), Kak Mihah (cikgu cemerlang), Doren, Judia, Thomas, Ramous dan Cikgu Bolhan (yang gila2 orangnya tapi baik)
Tahun depan tidak mungkin lagi aku ditugaskan menjadi pengawas SPM.Jawabnya sesiapa yang ditugaskan tunggulah giliran anda dan selamat bertugas dimusim cuti...

Megat; Teringat kenangan menjawab SPM dan STPM ...

Ahad, 15 November 2009

Makan malan bersama..


Hari sabtu 14/11/09 tempat aku kije wat majlis dinner di RH Hotel. Majlis nih ramai jgk lah yg hadirnya kira dptlah kami bersuka-suka setelah penat berkerja selama 1 thn nih...Majlis makan2 nih dikhuskan jgk utk guru2 yang berjaya berpindah dan menyambut guru2 baru di tempat kije aku nih. Antara mereka yg berjaya pindah Kak Yani (sunyi aku tak dop KY), Wassana (tak leh kacau dia lah), Maliana dan Norshah..
Manakala pegawai pendidikan yg baru dtg lak Safarina dri Kedah.
Okep bercakap pasal majlis nih mmg sgt meriah dgn coleteh Matju dan Kak Yani. Mereka yg hadir pun bleh tahan sporting dan lawa2 hehehe...macam2 lah aktiviti yg ada spt karaoke, cabutan bertuah (yg aku tak pernah bertuah), mr maskulin (MatJu) & mrs faminin (Anita..mmg lawa dia) tapi Ly pun bleh tahan cute hehehe...
Pada aku mjlis tu mmg meriah dan bleh wat smua org gembira...hope smua gembira lah kan.
Majlis habis pkul 11.15pm..semua balik dgn pelbagai pengalaman..aku lak balik dgn gambaran yg byk sebab aku amik gambar kijenye hehehehe..

Megat: makan byk dari petang lapor...

Khamis, 12 November 2009

wifi dimana-mana..

Kagum aku dgn kecanggihan dunia teknologi hari ini.Sekarang aku tgh menaip dan post ni dgn mgunakn nset je..bgitu la dunia hari ini,yg kta pkir xdpt dcpai dlu skrg berbeza sama skali.Apapun kmudahan yg ada tidak prlu kta mnyalah gunakn.Aku tgh duk melepak dpn tv smbil online dgn nset..kagum dgn pkiran manusia nih yg mcipta tpi dbri petunjuk dr Tuhan jga.

Megat= tgh mencari wifi free hahaha..

Selasa, 10 November 2009

1 Tahun sudah berlalu…


Menjelang 10 Nov 2009 (Selasa) genap lah 1 tahun aku bekerja sebagai pendidik..pelbagai pengalaman dan pengajaran yang aku dapati. Sekolah, kawan, budak2, lapangan terbang…beli tiket online, urusan bank, negeri Sarawak….dan baaaaaaanyaaakk lagi perkara yang aku fahami dan pelajari selama setahun nih. Dari pengalaman yang baik dan yang buruk…mengajar aku untuk lebih matang. Mungkin prestasi dan komitmen aku orang nampak kurang memuaskan. Mereka mungkin melihat aku secara negatif..hingga aku dikawal selia kehadiran aku ke kelas aku setiap pagi. Tak pe lah…itu hak mereka. Yang penting bila aku diberi tanggungjawab akan aku laksanakan sebaik mungkin. Aku mengerti aku bukan lah sebaik pendidik2 yg lain. Apa pun aku akan pastikan aku akan menjadi pendidik yang cemerlang…aku ada banyak cita2 dan impian. InsyAllah bila balik nnti aku akan gunakan pengalaman dan pengajaran yang aku perolehi ini…aku akan balik seuatu masa nanti. Bila balik nnti aku akan mulakan plan hidup aku.,.demi masa depan aku dan orang tersayang. Doakan aku…
Megat: tak sedar masa berlalu ..

Adui lah..apa yg aku rasa akhirnya terjadi. Aku rasa cam Kelate nak kalah je..tapi lebih nak kpd menang. Mungkin Kelate terlalu yakin dapat mengalahkan Negeri Sembilan..semua penyokong memberi jutaan harapan agara The Red Warrior dpt membawa pulang Piala Malaysia, namun hasrat selama 40 tahun masih belum tertunai juga. Dari semua aspek memang melihat Kelate boleh menang, tapi malam final tidak menunjukkan kehebatan Kelate yang sebenar. Semua pemain tidak menunjukkan prestasi yang sebenar, mungkin disebabkan tekanan atau terlalu yakin..
Kelate mmg unik tidak kira dari segi negeri dna penduduknya. Kelate diperintah oleh pentadbiran yang berbeza dengan pusat. Bukan sokongan bola yang fanatik sahaj mendapat sokongan yang luar biasa, tetapi bila menjelang pilihan raya para penyokong dari Kelate tetap memberi sokongan dan memeriahkan suasana.
Memang tidak dinafikan para penyokong Kelate terlalu agresif, lebih-lebih lagi jika mengalami kekalahan..aku cukup mengenali dan memahami. Sudah berapa kali aku menjenguk di stadium dan mengalami suasana kekalahan..para penyokong sayangkan pasukan dan negeri. Mereka dahagakan kemenangan...tidak sanggup melihat Sang Kijang tumpas. Begitu lah aku, siapa tidak kecewa melihat pasukan kesayangan kalah sedangkan kami boleh menang. Untuk melepaskan kekecewaan..keganasan yang dipilih. Memang itu tindakan yang tidak patut dilakukan, namun sifat manusia bila apa yang mereka impikan tidak dapat mereka akan kecewa dan melepaskan kekecewaan itu.
Apa pun marilah kita berdoa dan terus memberi sokongan kepada The Red Warrior, mungkin tahun ini bukan tahun kita namun kita patut rasa bangga dan gembira dengan kegagahan sang Kijang sudah melangkah jauh...
Gomo Kelate Gomo..

Megat: Jersi Kelate kawe nak guna pulok tahun depe..

Selasa, 3 November 2009

Gomo Kelate Gomo…


4O Tahun menunggu..akhirnya tiba lah saatnya The Red Worior membawa Piala Malaysia ke negeri Kelantan. Aku pernah ingat ketika Kelantan lawan Kedah di Stadium Muhammad IV..masa tu separuh akhir. Mungkin Kelate tak bernasib baik kerana gagal layak ke akhir. Kalah dengan Kedah bermakna berlaku lah rusuhan..pelbagai cerita aku dengar dari orang kg aku, aku masa tuh tak dapat pegi sebab kecik lagi….hehehehe. Ada yang kene tangkap, ada yg melarikan diri dari polis, ada yg tersangkut perut kt motor (arwah Pok Him)…hehehe
Sekarang Kelate layak ke akhir, tapi aku hanya mampu melihat di kaca tv je…adoi lah rasa nak terbang balik tgok bola akhir nih..bukan pe 40 tahun tuh hehehe entah bila lak. Aku ada gak lah tgok2 tiket hujung minggu nih…siot tol mahal gile. Tak ngapoh balik ore kato…
Apo pun sebagai ore Kelate, ambo berdoa Kelate menang lawan N9 nih…dengan jaringan Kelate 3 dan N.Sembilan 1 hehehe…InsyAllah. Sama- samalah kita berdoa kejayaan Kelate.
Macam biasa….Gomo Kelate Gomo.
Megat: baru beli jersi Kelate..hehehe

Ahad, 1 November 2009

Kelantan tempa sejarah



PEMAIN Perlis, Mohd. Syazwan Zainol (kanan) dihalang pemain Kelantan, Mohd. Farisham Ismail pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Utama Negeri, Kangar semalam. – MINGGUAN/Faizal Abu Hassan


KUALA LUMPUR – Kelantan menempa sejarah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun apabila menewaskan Perlis 3-1 di separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam tadi.

Selepas mencatat kemenangan 2-0 pada separuh akhir pertama di tempat sendiri, Selasa lalu, Kelantan tidak bermain secara bertahan sebaliknya tenang sepanjang perlawanan untuk mara menerusi agregat 5-1.

Mohd. Norfarhan Mohamad muncul wira Kelantan semalam apabila melakukan hatrik di Kangar menerusi jaringan pada minit ke-26, 53 dan 87.

Perlis yang bermain agak tertekan dan kelihatan serba tidak menjadi sepanjang perlawanan memperoleh gol saguhati menerusi Mohd. Firdaus Fauzi pada minit ke-70.

Jurulatih Kelantan, B. Sathiananthan berkata, kejayaan pasukannya adalah kerana berjaya melakukan serangan balas pantas.

“Seperti dijangka, kami sedar Perlis akan mengasak tetapi kelebihan kami ialah ketika melakukan serangan balas pantas dan itulah caranya ketiga-tiga gol kami dihasilkan,” katanya.

Jurulatih Perlis, Irfan Bakti pula mengakui Kelantan layak menang walaupun tanpa Indra Putra Mahyuddin yang digantung satu perlawanan.

“Kesilapan kami ialah melepaskan dua gol awal menyebabkan pemain mula tertekan. Jelas Perlis tidak bermain sebaik seperti di Kota Bharu,” tegasnya.

Kali terakhir Kelantan mara ke final ialah pada 1970 tetapi tewas kepada Perak.

Lawan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 November ini adalah Negeri Sembilan yang menewaskan Terengganu 3-1 dalam satu lagi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dengan kemenangan itu, Negeri Sembilan mara menerusi agregat 4-1 selepas menang 1-0 di tempat sendiri, Selasa lalu.

Gol-gol Negeri Sembilan di Kuala Terengganu semalam dijaringkan Zaquan Adha Razak (m-10, 18) dan Hairuddin Omar (m-45).

Manakala gol tunggal Terengganu dijaringkan Khairul Izwan Khalid pada minit ke-35.

Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, gol awal yang diperoleh menjadi faktor utama kejayaan pasukannya.

“Kelebihan kami kerana menjaringkan gol awal dan itu memberi keyakinan kepada pemain untuk mengharungi perlawanan dengan baik,” katanya.

Bagi jurulatih Terengganu, Ken Worden, Negeri Sembilan memang berhak menang kerana bermain lebih baik.

“Di pihak kami, ketiadaan ketua pasukan, Marzuki Yusof yang digantung satu perlawanan mencacatkan kekuatan keseluruhan kami yang terpaksa mengharapkan kepada pemain muda,” tegasnya.