Disini ada beberapa petikan soalan dan jawapan yang mendapat respon Mufti Perak tentang hukum berkaitan pembelian insuran dan ASB. Sama-sama kita hayati dan memahaminya.

Soalan 1:

Perbezaan antara dua syarikat Takaful iaitu Syarikat Takaful Malaysia dan Takaful Nasional Sdn Bhd Yang menjalankan Insuran konvisional ?

Jawapan:

Syarikat Takaful Nasional telah diberikan modal pendahuluan oleh MNI Insuran yang akan dibayar balik. Untuk pengetahuan tuan, MNI mempunyai harta bernilai 200 Billion dan bukan semuanya diperolehi secara haram. Mengikut kaedah Fiqh harus bermuamalah dengan orang yang kebanyakan hartanya yang haram. Bank Islam juga diberi pendahuluan oleh kerajaan yang perolehannya termasuk dari sumber yang haram.

Untuk pengetahuan tuan, jawatankuasa penasihat syariah bagi MNI terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang syariah.

Soalan 2:

Memohon penjelasan tentang Insuran Nyawa atau apa-apa jenis Insuran yang dijalankan di Malaysia ?

Jawapan:

Setakat ini Kontrak Insuran yang urusannya menepati Hukum Syara` ialah Takaful Malaysia dan Takaful Nasional.

Soalan 3:

Apakah hukumnya bagi seseorang Islam itu membeli polisi Insuran dengan tujuan sebagai perlindungan dan simpanan sekiranya berlaku sebarang musibah ke atas dirinya di kemudian hari dan perbezaan antara Insuran Conventional dengan Takaful?

Jawapan:

Insuran Konvensional adalah haram. Perlindungan yang dibuat oleh Takaful dikeluarkan dari Tabung Khairat yang dikumpulkan dari sumbangan `Tabarru` ahli-ahli. Skim khairat adalah harus hukumnya. Transaksi ini sentiasa dipantau dan diawasi oleh Majlis Pengawasan Syariah agar tidak bercanggah dengan hukum syara`.

Soalan 4:

Apakah hukum seorang Islam yang mengambil Insuran dari syarikat Insuran konvensional dan bukan dengan Takaful ?

2) Adakah produk Insuran Islam di syarikat Insuran konvensional mengikut syarak?

3) Perbezaan Insuran Takaful dan Konvensional ?

Jawapan:

1) Adalah menjadi kewajiban setiap muslim untuk memilih Takaful kerana urusniaganya menepati hukum syara` dan sentiasa dikawal selia oleh penasihat syariah yang pakar dalam bidang muamalah Islamiah.

2) Produk Insuran Islam di syarikat konvensional adalah mengikut syara` kerana mempunyai penasihat syariahnya sendiri.

3) Takaful adalah berkonsepkan ta`awun (tolong-menolong) dan tabaru` (menderma) manakala insuran konvensional adalah berasaskan perniagaan yang samar -samar barang dagangannya. Urus niaga seperti ini ditegah dalam Islam.

Soalan 5:

Apakah ada syarikat Insuran di Malaysia yang menawarkan produk yang diluluskan oleh syariah?

Jawapan:

Ada dua syarikat Insuran berunsurkan Islam telah beroperasi di Malaysia iaitu :

a) Takaful Nasional Nasional

b) Takaful Malaysia

c) Takaful Ikhlas

Ketiga-tiga Takaful di atas hanya berniagakan produk yang lulus pada hukum syarak

Soalan 6:

Apakah hukum berurusan dengan Amanah Saham Nasional (ASN) ?

Jawapan:

Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan bagi membiak ,mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam dinegara ini yang bermuamalah atas jalan. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah harus sepertimana nas yang terdapat di dalam kitab. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya Islam dinegara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap dharurat yang dimaksudkan itu ialah dari aspek ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.

“ Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya halal”

Soalan 7:

Mohon pandangan tentang perlaksanaan Skim Takaful bantuan bencana alam dan fakir miskin ?

Jawapan:

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada 26 Safar 1423 bersamaan 9 Mei 2002 buat kali 155 berpandangan bahawa cadangan perlaksanaan skimTakaful bagi bantuan bencana alam dan fakir miskin adalah tidak bertentangan dan tidak bercanggah dengan hukum islam berdasarkan kaedah

Telah disemak oleh Pegawai Istinbat pada 14/1/05

Di petik dari http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/insuran.htm

0 ulasan: