Rabu, 2 Disember 2009

Aku bercakap pasal rokok..


Pelbagai langkah dan cara telah diambil oleh pihak berkuasa bagi mengatasi gejala perokok. Banyak artikel yang memaparkan tentang keburukan dan bahayanya rokok. Banyak yang boleh kita dapati dan cari tentang artikel berkaitan rokok. Hanya petik dalam internet atau baca dimana-mana akhbar atau majalah pasti tersedia pelbagai kaitan tentang ROKOK.

Hari ini dalam akhbar mengatakan tahun depan hanya rokok 20 batang sahaja boleh dijual. Nampak gaya tahun depan kene beli banyak2 rokok 14 batang buat simpanan.Jika diingati dahulunya ada rokok 7 batang dan 10 batang harganya mampu milik oleh sesiapa. Semua itu telah dihapuskan dan hanya tinggal kenangan.
Peraturan baharu ini mungkin berupaya mengurangkan kuasa beli perokok. Namun, bagaimana dengan penjualan rokok seludup yang harganya lebih murah dan berbahaya. Di tempat aku banyak rokok seludup yang boleh didapati...contohlah Parkway, Era, Pensil, Gudang Garam dan banyak lagi yang kalau nak ditulis. Bagaimana juga peniaga yang menjual rokok batang. Rokok batang tu boleh didapati dikedai-kedai makan dan kedai runcit yang harga sebatangnya 60 atau 70 sen untuk rokok Dunhill.

Jika masalah ini gagal diatasi, usaha pihak berkuasa hanya sia-sia sahaja. Pelbagai perubahan dan peraturan telah diperkenalkan dari mengurangkan jumlah isi rokok sehingga meletakkan gambar tentang bahayanya merokok di kotak rokok. Selain itu, keterangan tentang 4,000 bahan kimia termasuk tar, nikotina dan karbon monoksida yang membahayakan kesihatan tercatat pada kotak rokok.Di kotak rokok ada juga peringatan dilarang jual kepada orang bawah umur 18 tahun. Dalam erti kata lain, pelbagai cara dan peringatan pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini.

Namun adakah semua ini berhasil, mungkin hanya 1 peratus terlekat dihati perokok atau tidak sedikitpun diendahkan oleh perokok. Lihat sahaja kempen TAK NAK....jawabnya perokok tak nak dengar jadinya.hehehehe...

Entah apa aku melalut ni, padahal aku adalah perokok tapi aku hanya menulis pada kebenaran sahaja. Melalui pemerhatian dan pengalaman sahaja. Apapun usaha untuk membanteras gejala rokok ini harus disokong samada kita perokok atau tidak namun ia pasti disokong dan cuba untuk mendengar. Hal ini kerana, sudah terbukti merokok bukan memberi kesan dan kebaikan, malah lebih kepada keburukan.

Usaha pihak kerajaan harus dipuji dan disokong, tekadkan dalam hati kita untuk memberi dan menerima usaha tersebut.

0 ulasan: