Selasa, 16 Februari 2010

Rumah terbuka Merapatkan Hubungan..


Rakyat Malaysia dikatakan amat unik, dengan terdiri pelbagai kaum namun kita dapat hidup dengan aman dalam satu negara. Sejarah membuktikan pakatan tiga kaum utama Melayu, Cina dan India berjaya membebaskan negara dari cengkaman penjajah.Semua itu dicapai melalui kerjasama antara kaum.

Kerjasama antara kaum menjadi salah satu syarat untuk membolehkan negara kita memperolehi kemerdekaan. Berkat pemimpin yang terdahulu telah membawa kesejahteraan hingga kehari ini.

Walaupun negara mengalami sejarah hitam pada 13 Mei 1969, namun pengenalan Rukun Negara berjaya menyelamatkan kembali persahabatan yang sekian lama terjalin. Tahniah kepada penduduk negara kita kerana walaupun dilanda pelbagai badai perkauman namun kita masih lagi berjaya mengekalkannya. Oleh itu, selaras dengan dasar PM 1 Malaysia molek kita menghayatinya.

Oh..terlebih menulis, sebenarnya aku nak cerita tentang sambutan perayaan Tahun Baru Cina kali ini. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, aku bersama rakan-rakan yang lain mengambil kesempatan mengunjung kerumah rakan-rakan yang berbangsa Tionghua ini.

Kesempatan kerumah rakan-rakan diharap dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang terjalin.Oleh itu, tidak salah jika kita mengamalkan sikap kunjung mengunjung terutamanya ketika dihari perayaan ini.

p/s: terima kasih Miao dan Cikgu Rita sudi menerima kunjungan kami..tahun depan kami dtg lagi..hehehe

0 ulasan: