Isnin, 15 Februari 2010

cuti raya..


Sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini, cuti 1 minggu diberikan. Dengan cuti selama itu ia sudah memadai untuk balik kampung. Tapi aku memilih untuk bercuti disini sahaja, mungkin hanya berehat 2,3 hari dirumah dengan menyiapkan semua kerja-kerja yang tertinggal (banyak gile kije nih..mampos).

Pada mulanya cadang nak pegi Miri dan Bintulu, tapi cadangan terpaksa dibatalkan. Deli yang selama ini beria-ria nak pegi akhirnya mengkhianati kami dengan balik kampung...bukan main dulu cakap tak nak balik kampung. Mana tahan cuti satu minggu baik balik kampung jumpa bini yer Deli dapat gak hadiahnye..hehehe

Tapi ada gak aku plan untuk cuti kali ini, tak kan lah nak berehat semata-mata kan. Aku plan nak ke kawasan hulu..rasa macam nak jadi je pergi ke kawasan pedalaman. teruja nak pegi)

Orang kata bila kita dah sampai disatu kawasan baik kita gunakan kelebihan itu dengan sebaiknya. Oleh itu, sebelum aku tukar status baik aku jalan-jalan tengok keindahan alam dulu. Selepas bulan March pantang ada cuti pasti nak balik kampung...hehehehe..lalalala...lalala..

0 ulasan: