Sabtu, 6 Februari 2010

Hari Sukan...

sejarah tercatat..bermulanya bulan februari hari sukan yang selama ini bermula ditengah tahun akhirnya dilaksanakan pada awal-awal tahun lagi. Mungkin selepas ini tumpuan pada akademik akan lebih diutamakan.

Secara ringkas tentang hari sukan yang berlangsung pada 1-4 Februari 2010.
1) Hari sukan yang mmg berbeza dgn mana-mana sek di semenanjung (biasa 1 hari saja, tapi kt sini 4 hari)
2) Semangat pelajar2 yg terlibat dikagumi (walaupun ada sesetengah yg cepat putus asa, tapi masih ramai yg cekal hadapi cabaran..berlari ditengah panas tanpa memakai kasut di atas tar yg berturap kasar...anda sanggup?)
3) Sukan di stadium (huyooo...kalau sek dulu hnya 1 hari saja hari sukan..kt sini 4 hari)
4) Panas ( alhamdulilah..tiada hujan ketika kejohanan berlansung, hinggakan semua kulit guru dan pelajar ibarat udang kene bakar)
5)Kerjasama (guru memberi kerjasama yang sangat bagus, semua orang mempunyai tugas walaupun ada yang mengambil kesempatan..paling ketara tugas pengurus rumah sukan yang sememangnya akan mengalami tension dan pening kepala. namun ada juga pengurus pasukan yang hanya lepas tangan...amboi)
6) hari sukan hari untuk berseronok dan mencungkil bakat2 baru
7) kesan sampai sekarang sakit urat saraf ni...rasa nak deman pun ada.
8) Pelajar ambil kesempatan untuk buat perkara yang melanggari disiplin
9) hari terakhir bos bagi masuk kerja pukul 7.40 pagi...besz
10 keputusan akhirnya...
no 1- Jingga (kekalkan kejuaraan)
no 2- Merah (kesian 1 mata sahaja yg membezakan dgn tempat pertama)
no 3- Biru (berada dlm kelas dan kedudukan tersendiri dgn berjaya naik 1 tangga)
no 4- Kuning (hilangkan badi tempat terakhir tahun lepas)
no 5- Hijau (kesian...turun mendadak)
no 6- Unggu (selamat kembali hehehe)

0 ulasan: