Sabtu, 28 November 2009

2012...khayalan atau realiti?



Filem yang diterbitkan oleh orang luar sememangya boleh dikatakan sebagai "superb". Bukan nak memuji atau menyokong, tetapi memadai dengan kualiti persembahan yang dipamerkan. Aku telah menonton satu cerita yang berkaitan dengan kemusnahan bumi...filem 2012. Menonton bersama-sama Fendi dan Hendi di Sibu, bertolak pukul 8.30 malam hingga balik pakul 3.30 pagi...(kije gile)

Cerita 2012 mengisah dunia mengalami kemusnahan seakan digambarkan oleh orang barat sebagai "hari kiamat". Manusia ingin menyelamatkan diri, pelbagai cara dilakukan untuk selamatkan nyawa. Dalam cerita, mereka yang mempunyai wang boleh menyelamatkan diri dengan berlindung di dalam kapal penyelamat yang bila entah dibinanya.

Lagak Amerika Syarikat sebagai penyelamat dunia tertonjol kembali, menerapkan nilai kepada penonton bahawa Amerika Syarikat sahaja yang mampun menolong negara lain. Semua negara tunduk dan percaya kepada keputusan Amerika. Walhal kita sedar Amerika pengganas utama dunia..berapa buah negara yang dimusnahkan berapa orang yang tidak bersalah dipenjarakan. Amerika terus angkuh duduk dibumi Tuhan ini.

Dari sudut positif, sememangnya memberi keinsafan dan kesedaran kepada yang melihat menggunakan akan fikiran dan iman. Kemungkinan gambaran cerita 2012 itu akan terjadi nanti. Manusia berkeliaran melarikan diri menyelamatkan diri bak kalkatu keluar dari sarang persembunyian. Anak kecil yang disusu ibu terlepas dari dakapan..bukit bukau yang lama terpacak hancur sekelip mata..bangunan yang gah dibina rebah kebumi..takut membayangkan semua itu.

Oleh itu, kita sebagai manusia yang beriman harus mempercayai tentang hari kiamat.Nabi Muhammad S.A.W telah berpesan kepada kita semua..dan telah jelas dalam rukun iman ada tentang percaya kepada hari akhirat. Malah kandungan Al-Quran juga ada menyebut tentang perkhbaran ini. Sesungguhnya Allah S.W.T mengkhbarkan kepada kita untuk kita lebih bersedia menghadapinya.

Apapun baik buruk sebuah cerita bukannya hendak dipentingkan dalam penulisan ini. Tujuan bukan mengkritik semata-mata, tetapi ingin berkongsi keinsafan dan pengajaran.

Megat: amalan belum mengcukupi untuk menghadapi Nya..

0 ulasan: