KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memutuskan untuk menuntut dua bulan bonus bagi 1.2 juta penjawat awam.

Presidennya Omar Osman meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan perkara ini semasa mengumumkan pembentangan belanjawan bagi 2010 pada 23 Okt depan.

Keputusan Cuepacs itu dicapai pada mesyuarat Kongres Cuepacs yang dihadiri oleh kira-kira 120 ahlinya hari Jumaat.

Omar berkata Cuepacs banyak mendapat laporan dan aduan ketidakpuasan hati selepas kerajaan mengumumkan bantuan khas bulan lepas sebanyak RM500 hanya untuk penjawat sokongan sahaja dan bukan semua.

"Kita berharap pengumuman pembentangan bajet pada Oktober ini memberikan berita yang baik kepada anggota perkhidmatan awam," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Cuepacs di Bangunan Puspanita di Jalan Hose, di sini.

-- BERNAMA

Megat:Pakat-pakat berdoa lah semua biar terbuka hati Najib baru lah rakyat diutamakan..hehehe

0 ulasan: