Khamis, 26 November 2009

Hujan dan banjir ..kenangan lama tiba



Hujan adalah anugerah Tuhan yang tidak terhingga. Hadiah yang dipinjam ini membantu dunia berkembang dan subur hingga memberikan rezeki kepada semua makhluk dunia.

Bagaimana pembentukan hujan kekal sebagai misteri besar untuk beberapa lama. Hanya setelah penciptaan radar cuaca barulah peringkat-peringkat pembentukan hujan dapat di ketahui.

Berdasarkan hal ini, pembentukan hujan terjadi dalam 3 peringkat. Pertama, bahan asas dalam hujan naik ke udara melalui tiupan angin. Kemudian, awan pun terbentuk dan akhirnya titisan hujan pun timbul.

Penilaian Al-Qur’an mengenai formasi hujan merujuk secara tepat kepada proses ini. Dalam sepotong ayat, pembentukan ini diterangkan sebagai berikut.

“Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)

Suatu yang harus diingat bahawa pakar meteorologi hanya mengetahui maklumat terperinci pembentukan hujan, struktur dan fungsinya hanya di akhir-akhir ini dan melalui peralatan canggih seperti kapal terbang, satelit, computer dan lain-lain. Ianya adalah bukti bahawa Tuhan telah memberikan kita cebisan maklumat yang tidak diketahui 1400 tahun dahulu.

Namun disebalik anugerah tersebut ada juga ujian yang diberi oleh Nya. Setiap masalah yang diberi mesti ada jalan penyelesaiannya. Setiap tahun kita pasti mendengar masalah banjir. Malah bandar -bandar besar jua tidak dapat lari dari maalah ini..yang dipanggil banjir kilat.

Musim banjir pada hujung tahun pasti akan menimpa negeri-negeri pantai timur dan jiran yang hampir...Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis, Pulai Pinang, Pahang dan Perak akan mengalami masalah banjir. Kebimbangan ini juga ditambah dengan masalah H1N1 yang masih belum reda. Deman selsema mungkin menyebabkan ia lebih serius..
malah penyakit taun seperti di Terengganu juga merebak dengan mudah.

Sememangnya banjir memberi masalah, aku terpanggil untuk menulis bila melihat calon-calon SPM mengharungi banjir dan hujan untuk berjuang menghadapi penentu masa depan mereka. Cabaran dan dugaan itu telah aku alami ketika menduduki SPM, kami harungi hujan yang lebat, jalan yang banjir dan berselut, jambatan runtuh, kesesakan jalan raya dan pelbagai masalah yang kami hadapi ketika itu...syukur kami berjaya harungi semua itu.

Memandang suasana banjir membuatkan fikiran mengalamun seketika, rindukan suasana keriangan bersama rakan-rakan. Kini dialam dewasa hanya memandang dari sudut jauh sahaja. Apapun ujian yang diberi oleh Nya perlu diterima dengan redha dan anggap ia sebagai cabaran keimanan dari Nya. Alhamdulilah rumah dan kampung aku jauh dari bencana banjir.

Megat: bila hujan turun siap sedia nak mandi hujan..

0 ulasan: