MIRI 18 Okt. - Seorang ibu membuat laporan polis setelah mendakwa anaknya, seorang murid tahun lima di bandar ini, didenda ketuk-ketampi 1,000 kali oleh gurunya gara-gara tidak mengetahui negara Spain.

Ibu kanak-kanak itu membuat laporan berkenaan di Balai Polis Stesen Miri kelmarin, pada hari sama anaknya didenda.

Akibat melaksanakan denda ketuk-ketampi itu, kanak-kanak tersebut didakwa mengalami bengkak pada paha dan kakinya.

Difahamkan, ibu mangsa telah pergi ke sekolah untuk mendapatkan penjelasan daripada guru terbabit tetapi tidak berpuas hati lalu membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner (ACP) Jamaludin Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Pengarah Pelajaran Sarawak, Dr. Julaihi Bujang berkata, pihaknya telah mengarahkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Miri supaya menyiasat insiden berkenaan.

Katanya, sekiranya laporan tersebut benar, guru berkenaan berkemungkinan dikenakan tindakan disiplin.

www.utusan.com.my

Megat: begitu lah kita nak mendidik tapi ibubapa mana bleh sentuh anak-anak diorg nih.berbeza dgn zaman dulu2..

0 ulasan: