Selasa, 13 Oktober 2009

Maki pengetua dalam Internet


JITRA: Gara-gara menggunakan laman web sosial untuk memaki hamun pengetua sekolah, seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah berasmara penuh di sini, dibuang sekolah Mei lalu.

Rakannya yang berada dalam kelas lain, juga dibuang sekolah bulan lalu kerana menampar 15 pelajar junior.

Tindakan dua pelajar itu didedahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, yang mengadakan pertemuan dengan ibu bapa kedua-dua pelajar terbabit bersama pengetua sekolah berkenaan di sini, semalam.

Murugiah berkata, dia amat bersetuju dengan tindakan tegas pengetua terbabit untuk mendisiplinkan pelajar.

"Pelajar terbabit bukan dibuang sewenang-wenangnya, tetapi ada sebab. Jika kes sebegini didiamkan tanpa tindakan, ia tidak akan menyedarkan mereka (pelajar).

“Mereka sebenarnya tidak dibuang, sebaliknya dinasihat bertukar ke sekolah lain. Ini bukan menganiaya tetapi memberi peluang kepada mereka belajar di sekolah lain,” katanya ketika ditemui di sekolah itu semalam.

Murugiah berkata, dalam kes pertama Mei lalu, pelajar terbabit menggunakan laman web Friendster untuk memaki hamun serta menulis kata-kata kesat terhadap pengetua sekolah berkenaan manakala kes kedua, seorang lagi pelajar yang juga pengawas, menampar 15 pelajar tingkatan satu dan dua membabitkan kesalahan kebersihan asrama.

Selepas disingkirkan daripada sekolah, ibu bapa kedua-dua pelajar yang masing-masing dari Sungai Siput, Perak dan Alor Star membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Mereka juga berjumpa Murugiah sendiri, Sabtu lalu, yang ketika itu sedang berkempen membantu Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

“Selepas berbincang dengan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi, saya perlu menyelesaikan masalah ini dan datang ke sini hari ini (semalam) berbincang dan menyelesaikannya bersama ibu bapa terbabit dan pengetua,” katanya.


p/s: Alamak hati2 yer jgn sampai golongan cikgu2 lak kene tukar gara2 kutuk pengetua.aku tak berani kot...trhehehe

0 ulasan: