Selasa, 24 November 2009

Penjaga Periksa ...


Ini merupakan pengalaman pertama aku yang ditugaskan untuk menjadi pengawas peperiksaan SPM tahun 2009. Pengawas SPM tidak seperti mana pengawas PMR yang menjadi rebutan ramai para cikgu budiman. SPM dan PMR dua peperiksaan yang berbeza, PMR berlangsung ketika musim persekolahan. Jika dibandingkan dengan SPM yang diadakan ketika musim cuti persekolahan lebih-lebih lagi SPM tahun 2009 yang mengambilk tempoh yang panjang. Bayangkan bermula pada 18/11/2009 (rabu) hinggalah berakhir pada 16/12/2009 SPM tahun 2009. Hampir 1 bulan SPM diadakan, jika ditugaskan menjadi pengawas sepanjang tempoh peperiksaan (seperti Ketua Pengawas dan penolongnya) bermakna cuti sekolah hanya ada 14 hari sahaja. Mungkin hal ini lah menyebabkan tugas menjadi pengawas SPM kurang mendapat sambutan.
Mungkin juga mereka mempunya rancangan tersendiri, seperti kawan-kawan aku Zepo, Puad dan Jal yang nak mendirikan masjid. Mungkin juga yang lain nak berjumpa keluarga atau isteri atau suami. Kemungkinan juga disebabkan elaun yang ditawarkan kurang memuaskan. Jika bernasib baik ditugaskan ditempat yang jauh dapatlah membuat tuntutan yang lebih, namun jika tidak ia boleh dikatakan tidak berbaloi. Bukan memandang kepada duit atau tuntutan semata-mata, namun biarlah ia memadai dengan pengorbanan yang dilakukan.
Apapun tugas dan tanggungjawab tersebut telah aku laksanakan pada tahun ini. Bersyukur kerana ditempatkan ditempat yang jauh dan berterima kasih kepada Ketua Pengawas kerana membenarkan aku balik awal dari tarikh yang sepatutnya. Pengalaman dan pengajaran yang diperolehi akan digunakan pada hari mendatang. Terima kasih pada cikgu Tap (KP), Cikgu Henry (yang slow cakap), Kak Mihah (cikgu cemerlang), Doren, Judia, Thomas, Ramous dan Cikgu Bolhan (yang gila2 orangnya tapi baik)
Tahun depan tidak mungkin lagi aku ditugaskan menjadi pengawas SPM.Jawabnya sesiapa yang ditugaskan tunggulah giliran anda dan selamat bertugas dimusim cuti...

Megat; Teringat kenangan menjawab SPM dan STPM ...

0 ulasan: